BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 11, 2008

Amanah ...



Gambar: ketika watikah diberi, amanah terpateri kukuh disanubari

Ya Allah yA Tuhanku...
MENGISI HARI MENDATANG... huh Berat rasanya
Tiap kali semangat berada pada tahap celcius tertinggi untuk mengarang sesuatu, tiap kali itu juga blok konkrit menghadang idea, tiap kali itu juga keinginan terus lesu dan akhirnya tinggallah blog kesayangan ini sepi tanpa sebarang post baru untuk dikongsi bersama penziarah. Namun, kugagahi juga tangan ini mengarutkan sesuatu . ( maaf ya ) Set induksinya terlalu puitislah, sehingga mgkn sahabat/sahabiah tertanya2 apa yang ingin dikongsi oleh penulis naïf ini. Ok lah, straight to the point sebenarnya ingin gak mengongsikan perjalanan kehidupan selepas terpilih menduduki kerusi MPP baru-baru ni. Namun diri lebih suka dan memilih untuk mengkonklusikan serba sedikit perjalanan ini.

Hakikat kehidupan ini sememangnya dipenuhi dengan mehnah dan tribulasi yang tiap orang memperolehi versi yang berbeza. Dan tiap orang juga punyai persepsi yang berbeza terhadap sesuatu yang diterimanya. Ada yang menganggapnya sebagai suatu dugaan, ada yang anggapnya sebagai pengalaman berharga, ada yang menganggapnya sebagai mehnah dalam perjuangan, sebagai ujian piawai seorang dai’e, dan izinkan saya menyimpulkan semuanya dibawah lembayung kata “ole-ole dari Rabbi”
Tidak pernah terbayang dalam hidup ini, pada tanggal 21 oktober 2008 akan memenangi PRK , dan tidak pernah terbayang akan memegang portfolio EXCO KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN dalam MPP. Pelbagai benda bermain di minda sehinggalah pada tanggal 08 november bila watikah diberi sekaligus amanah yang berat tertanggung di pundak ini.
Senyuman yang tergambar ketika hari watikah tidak dapat menandingi hati yang menangis atas apa jua yang berlaku dan telah di takdirkan oleh MAHA PENCIPTA. Teringat kata-kata pujangga,
“sesungguhnya ketetapan Khaliq mustahil dilangkau walau Seinci”

Seringkali minda diterjah dengan persoalan ... dan akhirnya dapat juga persoalan ini bertemu dengan jawapan yang paling tepat. Dan akhirnya, hati ini redha ... Seringkali hati ini kecewa tatkala tiap apa yang di inginkan dan dimatlamatkan dan juga dirancang semua tidak menjadi kenyataan... Namun redha lah atas tiap yang telah ditakdirkan, kerana 1001 hikmah perlu kau telusuri.Minda menerjah lagi.....
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN???? ... KERANA,,,,Jawapanya ada di dalam petikan daripada surah Al-baqarah ayat 216 lebih kurang berbunyi;

“ Difardhukan ke atas kamu semua berperang walaupun berperang itu sesuatu yang kamu benci itu membawa kebaikan bagi kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai itu membawa keburukan bagi kamu. Dan Allah lebih mengetahui akan apa yang kamu tidak ketahui”
Wahai diri dan para sahabat “SEPERJUANGANNYA” teruskanlah berjuang. Walau di posisi mana kita dicampakkan jadilah persis sebutir benih, dicampak dengan kesakitan sekalipun, di tanah yang kontang akan menjadi tumbuhan yang subur, di lautan dalam sekalipun menjadi pulau. Memang pedih menerima takdir yang tak disangka2 namun itulah lumrah pejuang, kesakitan itu sebagai ganjaran yang akan didebitkan ke akaun akhirat kelak.
“SALAM KEBAJIKAN”

No comments: