BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 26, 2010

SEGENAP HIDUPNYA, TAULADAN UMAT...


Tarikh 12 Rabiul Awal merupakan tarikh yang amat bersejarah bagi umat Islam. Itulah tarikh keputeraan Rasulullah s.a.w. Ia juga tarikh ketibaan Rasulullah s.a.w di kota Madinah yang sekaligus merupakan tarikh permulaan pembinaan negara Islam. Dan ia juga tarikh kewafatan Rasulullah s.a.w. 

Tarikh Keputeraannya pada hari ini, membawa saya  untuk berkongsi di samping mencari kilauan hikmah berkenaan baginda yang merupakan kekasih agung . Kehidupannya membawa seribu malah lebih ibrah yang tidak mampu untuk dijumlahkan . Hari ini 12 rabiulawal bertandang kembali, mengingatkan kepada kita umatnya bahawa, tarikh yg sama suatu ketika dahulu, kelahiran agung kekasih Allah . Juga tarikh yang sama suatu ketika dahulu insan mulia ini tiba dan membangunkan kerajaan islam yang pertama di muka bumi ini. 
Namun perlu kita sedari bahawa Nabi Muhammad tidak pernah merasa senang sepanjang 23 tahun memimpin perjuangan Islam.  Nabi Muhammad memimpin dengan air mata, darah dan perit peluh perjuangan semata-mata untuk memastikan Islam tertegak kukuh untuk kesinambungan generasinya... 
Menuju ke saat 12 Rabiulawal sebelum kematiannya menyaksikan pengorbanan untuk menelan segala dugaan dan cabaran demi islam yang diwahyukan melaluinya sehingga kalam Allah yakni Alquran sempurna sebagai suatu pedoman lengkap umat masa kini. Dan ingatlah, disaat kematian Nabi Muhammad Saw,  Umar Al-Khattab la orang yang paling kuat menangis, Abu Bakar pengsan, Ali bertitis air mata dan Uthman berteleku diam. Namun, pemergiaannya dengan meninggalkan bekalan buat kita yang sehingga kini memandui kehidupan yang sementara ,  Al-quran dan Sunnahnya merupakan mutiara berharga tiada tandingnya.
ku petik untaian kata-kata daripada Alphone de Lamartine, seorang warga dan pemuisi Perancis, memberikan penghormatan yang tidak terhingga kepada Nabi umat Islam.....Betapa jika mereka mampu menilai, apatah lagi kita???
“seandainya keagungan tujuan, kekerdilan cara dan kekaguman keputusan menjadi kriteria kecerdikan manusia, tiada siapa yang berani membandingkan sesiapapun manusia agung lain daripada sejarah moden manusia dengan Muhammad. Ahli falsafah, pembicara, pesuruh, hakim, pahlawan, penakluk idea, yang dipuja tanpa bayangan, pengasas kepada dua puluh empayar dunia dan satu empayar spiritual, iaitu Muhammad. Berbanding dengan segala standard yang mana setiap manusia hebat diukur tahapnya.....

SUDAH CUKUP KAH  AKU MENCINTAIMU DARIPADA SEGALA-GALANYA???
BINGKISAN : 12 RABIULAWAL 1431H

Tuesday, February 23, 2010

Hanya Jasad Teguh Berdiri.


Lama juga tangan beku mencari sesuatu untuk dikongsikan diruangan ini. Beberapa kali juga tangan telah bermula rancak kemudian terhenti lagi. Ingatan terus kepada rakan-rakan yang jauh. Bagaimana keadaan mereka tika ini?? adakah mereka seperti ku juga?? Semakin rindu kepada sesuatu yg ku tidak tahu apa. Tika duduk termenung memikirkan sesuatu, tika itulah tiba2 minda menemui sesuatu. Rupa-rupanya, jiwa ku telah mula sudah tiada di sini. Hatiku merintih pedih, jiwa ku kontang sudah untuk semua ini....Biarkan kaki mindaku melangkah pergi meninggalkan jasadku yang terus berada di sini..... 
  ( mohon maaf tanpa kebenaran, ku abadikan foto ini)
Kemudian, ku imbasi kembali, tiga wajah yang sering kali muncul  di benak tika ini, merekalah begitu bermakna di sudut sanubari. Kerana, insan-insan ini menjadi warna mencorak ku seperti hari ini. Terima kasih kerana telah banyak memberi tegukan tarbiyyah buat diri ku. Maaf andai banyak hutang yang  tak terlunasi dan ku mohon halalkan segala hikmah yang dicurahi kepada ku sebelum ini...

* Sekadar muhasabah diri, dikala terasa begitu bersendiri..


Thursday, February 18, 2010

Back to Basic

Assalamualaikum wtb dan Salam Sejahtera..

Kebejatan Moral dan keruntuhan akhlak para remaja masa kini saya kira berada di paras bahaya. Sering kali bahkan hampir setiap hari kita menjamah pelbagai perilaku yang tidak sewajarnya dilakukan oleh remaja yang baru mula mengenal erti hidup. Bagai enau dalam Belukar andai setiap batang tubuh masyarakat hanya memandang sepi akan warna warni sebegini. Tidak adil rasanya andai pihak yang dikira bersangkutan sahaja yang perlu mengambil endah akan kebobrokan remaja masa kini.

Hal ini bukanlah suatu melodrama yang direka untuk tatapan, juga bukan salah satu babak di dalam teater Nusantara, dan mungkin bukan suatu sketsa untuk panggung drama. Ini adalah realiti yang pahitnya perlu ditelan oleh semua. Sebagai satu daripada komplemen dalam masyarakat juga berdiri atas jasad ummah, perlunya kita sama-sama memikirkan akan pengajaran di atas penyakit kronik remaja hari ini seterusnya mecari vaksin yang mampu membawa kita kembali ke fitrah ummat manusia.

Saya meletakkan tajuk Back To Basic, kerana saya kira apa-apa pun setiap satu-satu yang berlaku mestilah ada pangkal mulanya. Kembali bersama mengkoreksi apa yang tidak betul dia awal sesuatu. Juga sebagai makna tersirat Kembali kepada hak yang Hakiki. Mungkin di sebalik semua ini, lemahnya skru yang dipasangkan dengan pencipta, seterusnya sedikit demi sedikit ikatan yang tidak kukuh itu mula terlepas daripada penyambungnya. Menyebabkan di tengah-tengah pembentukan masyarakat akan berlakulah suatu generasi yang semakin jauh menyimpang daripada luhurnya pekerti dan terhakisnya pengamalan nilai moral dan ilmu pengetahuan.

Sedikit perkongsian di masa kejatuhan kerajaan Rom di barat yang melibatkan negara Eropah pada masa tersebut diliputi oleh kejahilan, kegelapan dan ketinggalan tamadun. Namun saya cukup tertarik pada masa tersebut pendidikan agama yang tinggal sebagai suatu minat kepada masyarakat. Ilmu-ilmu agama menjadi dambaan masyarakat pada masa tersebut. Kemudian kita melihat kembali bahawa kepentingan untuk kita bangkit semula daripada kejatuhan moral dan akhlak kita adalah kembali kepada landasan agama dan cinta hakiki kepada Allah SWT.

Sistem pendidikan kita pada hari ini saya kira sedikit sebanyak perlu dimurnikan lagi dengan memberi nafas pedagogi pendidikan islam yang syumul sifatnya. Yang dapat mengembalikan kekontangan jiwa para remaja juga masyarakat. Seterusnnya memacu kegemilangan tamadun baik daripada aspek material juga aspek rohani.


 
 


Kenapa ini semakin melingkari masyarakat kita????


Wallahualam
Insan Kerdil

Tuesday, February 16, 2010

Dedikasi Buat hati


>
Alhamdulillah

Hari ini telah dicukupkan lagi usia meniti kehidupan yang tidak habisnya dengan pelbagai babak – babak takdir daripada Allah. Terima kasih, Syukran yang tak terhingga kepada rakan-rakan yang berkongsi tarikh bahagia itu dengan Ku.. Tiada apa yang ku harapkan melainkan hari-hari mendatang membuatkan aku lebih dekat KepadaNya. 

Kehidupan yang mendatang ku yakin  bukan polos tanpa cobaan dan cabaran, dan aku acap kali berikan pada diri juga  menyediakan stok vitamin Redha dan Sabar andainya tiap satu ujian yang bakal tiba bakal mengganggu keyakinan ku untuk menerimanya sebagai hamba....

Kehidupan yang jauh tanpa tahu di mana titik noktahnya ku mohon agar segala-galanya akan menjadikan aku seorang yang tetap tegar di atas track untuk mencapai Ghoyah yang didambakan oleh setiap abdi kepada sang Pencipta...

 
* Buah kasih daripada seorang ibu/kakak/sahabat seketika dahulu......
Moga permulaan hari ini bakal baik untuk esok dan akan datang...

Terima kasih buat Ayahnda dan Bonda , kakak dan adik kerana kasih sayang kalian tetap lagi ada buatku. Terima kasih teman kerana sering menemani dalam pelayaran. Terima kasih sahabat setia dan thabat sejalan melalui perjuangan. Terima kasih semua atas segala-galanya. Terima Kasih, terima kasih  Allah, kerana mempertemukan aku lagi dengan tarikh ini dan menjadikan angkanya genap sudah 23 ...

insan kerdil...
16 Februari 2010

Wednesday, February 10, 2010

SALAM PIMPINAN BARU MPP UPSI


posing kenangan

All the Best..
Teguh demi sebuah perjuangan...
Kepimpinan daripada Borneo.
Beratnya bebanan mendatang : demi Sebuah tanggungjawab

Kepimpinan baru bersama Naib canselor pihak pentadbiran Universiti


syukur ke hadrat yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya, semalam saya berkesempatan menghadiri majlis penyerahan watikah pelantikan kepimpinan baru Majlis Perwakilan Pelajar UPSI sesi 2009/2010. Terlepas sudah bebanan kepimpinan MPP sesi 2008/2009, kini tiba masa untuk generasi baru mencorakkan mahasiswa bakal-bakal pendidik di Universiti ini. Bercampur baur dengan imbasan kenangan seperti baru semalam kami berada di kerusi tersebut. Namun, benarlah bahawa masa kita sedikit cuma berbanding dengan Tanggungjawab dan amanah yang banyak untuk kita lunasi.

Seringkali ku ingatkan pada diri juga kini ku bebeli kepada adik-adik yang kusayangi bahawa andai kesenangan,kegembiraan,kelapangan yang kita cari dan rasai bila berada di tampuk kepimpinan, maka ada sesuatu yang perlu kita koreksi kembali. Perlu kita sedari bahawa menjadi dan dipilih sebagai pemimpin untuk orang lain merupakan suatu amanah yang bukan ringan dan mudah. Melihat kembali sirah Rasulullah yang telah dijanjikan Syurga juga merupakan Kekasih Allah, tidak melalui jalan yang mudah sepanjang hayatnya menjadi Pemimpin kepada umat Manusia. Juga begitu halnya dengan seorang pemimpin kerajaan Islam agung iaitu umar bin Abdul Aziz ketika dilantik menjadi khalifah, beliau terus meninggalkan kesenangan dunia dan meletakkan rakyat menjadi keutamaanya.


Ini adalah catitan peristiwa yang boleh dijadikan panduan buat kita semua, mungkin sukar untuk menjadi seperti mereka, namun ditinggalkan kita dengan pengajaran-pengajaran sebegini untuk dijadikan sebagai sebuah panduan dalam kehidupan. InsyaAllah.. Harapan yang tinggi diberikan kepada kepimpinan baru ini mampu untuk merubah paradigma mahasiswa terhadap erti hidup. Juga mampu dan cakna dalam membincangkan perkara-perkara dan isu yang bersifat nasional. Dalam masa yang sama paksi kita adalah tetap menjadi sebahagian juzuk masyarakat yang didatangkan ke Universiti untuk di isi dengan ilmu yang kelak bermanfaat kepada elemen masyarakat,agama,bangsa dan negara.

Selamat menjalankan tanggungjawab kepimpinan baru MPP UPSI 09/10..

insan Kerdil
Ex-MPP 08/09..

Tuesday, February 9, 2010

MENGEJAR KENANGAN...







Kau datang ketika duka,,,

Dan bintang bercahaya tunjukku jalan kesyurga....

Hari ini ku nekadkan diri, mengisi kekosongan cerita di balik sarang yang ada..

Dibalik rimbunan kesibukan yang ada, kadangkala hati merintih rindu pada insan-insan yang ku sayangi, sahabat-sahabat yang kucintai juga teman-teman yang jauh di sisi...

Tekadku hari ini mengejar kenangan-kenangan lalu agar ia tetap utuh diikatan sanubari.

Tahun ini merupakan tahun yang mengajar aku erti suka dan duka dalam kehidupan.

Kehilangan, musibah,kesedihan, aku rasai atas sebuah amanah dan tanggungjawab...

Betapa rindu pada Bonda dan Ayahanda nun Jauh di Seberang Laut China Selatan...Maafkan anakandamu kerana kurang bersama dengan Kalian...

Menjadikan aku mengenal kalian sahabat-sahabiah ku.. Walau pun kini ku sendiri tanpa jaja dan Qiqi, namun kalian tinggalkan kepada diri ini badi dan semangat yang tak pernah padam untuk sebuah perjalanan.. Indahnya Ukhuwah ini wahai sahabiahku.. detik 20 Januari pada tahun ini aku sendiri, tatkala lepas lah sudah bebanan di pundak kita, bila dengan sahnya kita sudah melepaskan jawatan masing-masing setelah setahun lebih memegang dengan 1001 cerita yang sama-sama kita pernah rasai. Namun Aku rindu dan rindu dengan Kalian Sahabiahku...


*BICARA DARIPADA FOTO.. KU DEDIKASIKAN UNTUK INSAN YG BERADA DI SG PELEK N PANGKALAN HULU....