BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 14, 2009

TRIBUTE BUAT YANG AKAN PERGI...





Alhamdulillah, berakhirnya semester ini, wajah rakan-rakan yang akan keluar mestilah begitu teruja , memandangkan kaki akan berada di dunia pendidikan sebenar iaitu di medan praktikum ...Di dunia Bilik Darjah. Dunia Mulia seorang pendidik.. Taburlah semua ilmu kalian, gunalah semua ilmu psikologi, pedagogi atau apapun subjek yang telah kalian teorikan .., Kerana inilah masa untuk kalian berdepan dengan yang mana teori sahaja tidak tentu cukup... Buat rakan-rakan seperjuangan yang akan berpraktikum untuk tahun hadapan, moga di permudahkan segalanya kelak...

teringat suatu kata yang pernah dilontarkan oleh pensyarah untuk subjek Audit saya semester ini. "Blajar lah daripada dunia"- Study by the world

kalau ahli sukan , track menjadi tempat utama, doktor pula menjadikan hospital sebagai dunia mereka, peguam di amanahkan dengan sebuah court, petani dengan khidmatnya dengan Bumi, arkitek dan pelan + tapak projek, Guru sentiasa setia di situ..... D bilik ( darjah + guru)... Namun saya percaya disitulah kita boleh belajar daripada dunia....Melihat semesta dengan seluas-luasnya..Kepada semua pelajar Semester 7 di Universiti Pendidikan Sultan Idris "SELAMAT MENJALANI LATIHAN MENGAJAR " Moga nanti berjaya menjadi guru-guru yang berjaya melakarKan suasana ummah yang diredhai...

Guru adalah muaddib bijaksana, Tekun sabar mengadun tamadun

Bagai lilin memperkasakan watak, Guru adalah murabbi cendekiawan

Gigih adalah meramu ilmu, Bagai obor mengupayakan minda

Guru adalah mufakkir istimewa, Giat rajin membaja jatidiri

Bagai lampu menjelitakan wibawa, Guru adalah mursyid pendeta

Jujur ikhlas mewarna budaya, Bagai lentera memperkayakan etika

Guru adalah mujahid peka, Iltizam istiqomah melepa jiwa

Bagai bara mewajakan maruah, Guru adalah mu’alim mempersona

Budiman ihsan mengukir wawasan, Bagai unggun menceriakan impian…

*Buat teman-teman , yang lain keluarlah dengan tenang, yakinlah bahawa Allah ada untuk kita semua..Bertebaranlah dengan amanah Allah yang sentiasa di Galasi...Buat cik jaja n cik QQ, jangan lupa cik Yaya kat sini...

Ingatan Buat Insan Kerdil To chnge the others 'Change who r in da mirror 1st' ..

24 Zulkaedah 1430H...

PECUTAN BERMAKNA


* Syukran kerana telah banyak Memberi.....

Alhamdulillah, sedikit kelapangan di tengah pecutan exam ini masih bersisa. Sejak akhir-akhir ini tangan begitu ringan untuk beraksi di papan kekunci. Satu demi satu ayat merapu. Hati tenang. Kerana inilah diriku sebenarnya. Bebas dalam ‘track’nya. Berlari dalam lingkungan 'Batas'nya.... Moga ku bisa sedar bilamana aku tersasar dari landasan. InsyaAllah.. Hurm... hari ini paper ketiga telah lepas. Alhamdulillah, dipermudahkan. Aku harap begitu juga dengan 3 lagi paper yang bakal menyusul. Sejak kebelakangan ini aku suka menerokai pelbagai ruang-ruang informasi. Aku menilai, mengkaji, ku amati.. Ku keluarkan sedikit demi sedikit otak daripada tempurung gelapnya untuk aku melihat semesta seluas-luasnya.. Ah.. Lega..

"impianku bukan menjadi isteri saudagar pak.. impian ku ingin menjadi seorang GURU" ibu Muslimah...( Laskar pelangi)

Petikan ini sedikit sebanyak memberi 1001 bentuk motivasi ketika sedikit senak di musim exam ini. Diri dimuhasabah kembali, belajar lah untuk nantinya akan berbakti... Memberi apa yang telah kau pelajari, kerana itulah medan yang kau pilih... Didiklah anak-anak bangsamu kelak, untuk menjadi lebih daripada apa yang ada di zaman mu... Habitkan dirimu di musim exam ini bukan semata belajar untuk LULUS dan Skor, tapi belajar untuk mengumpul dengan sebanyak2nya ilmu yang nanti boleh kau beri juga dengan sebanyak2nya... InsyaAllah....

* Aku akan terus dan terus menulis lagi...
23 Zulkaedah 1430H... Insan kerdil

Thursday, November 12, 2009

When...Feel like missing something...


-Di sebalik surau kayu ini-

Hurmmmm . Sebak saja akhir2 nie, myb sebab exam fever kot.. Study2... banyaknya nak kena cover ilmu2 tawarikh ni. Feel bored, open my Fb.. So miss dengan kengkawan lama. Jejak2 kenangan paling i like. Wah2... Betul lah kata2 , sedang pantai lagikan berubah.. Manusia apatah lagi... baru jer rasanya tak bersua muka dengan klasmate form 4/5 matahari dan klasmate lower/upper 6, banyak dah yang berubah.. paling bes dapat juga jejak kenangan dgan bebudak hostel dolu2...adik2 lagi advance yer sekrang, Fb semua ada...

Kita, hari ini, semalam dan esok sudah tentunya akan berubah.. Cuma kita sentiasa punya pilihan untuk menentukan siapa kita semalam , hari ini mahupun esok. Dan Hak dalam penentuan yang hakiki tetap pada Ilahi.. Kebergantungan kita memilih dan mengharapkan ketentuan hanya Melalui permintaan melalui Doa...( Insaflah wahai pemilik hati ) lihatlah keluasan semesta dan keagunganNya melalui kecelikan mata hati mu...

Ya Allah, besar sungguh besar nikmat yang engkau pinjamkan kepada ku , sudah cukupkah aku bersyukur??? Takut entah sampai kapan lagi nikmat syukur ini masih berumbi di dalam diri.?? Ku pohon jangan Nikmat ini kau hilangkan dari dalam diriku Ya Allah.. To be continue... Mai study Lagi....

22 Zulkaedah 1430H...Insan perindU...

Tuesday, November 10, 2009

RAMA-RAMA...Bawakan Salam Kasihku Buat mereka ini.





Serasa telah lama ku tinggalkan minat ku ini, telah lama ku bekukan tangan daripada terus menghayun dan mengetuk papan kekunci letop ini. Semakin lama ku tinggalkan semakin pedih ke dasar hati. Semakin aku mencari2 semakin itu hati jauh pergi. Mengapa.. salah kah aku? Ya memang aku salah ... Kerana memendami hobi itu,..

Ingin ku bawa diriku pergi sebentar ku dunia asing , mencari titik mula, untuk aku mula kembali, namun ... Aku masih berada di sini. Kerinduan kepada tempat aku jatuh kadangkala merenggut kesedihan ku. Aku menangis sedih kembali , suara yg tersekat di kerongkong dipintas cepat oleh riak riang di wajah ini . Aku sudah tidak sanggup untuk semua ini. Namun Suara ku persis si bisu berteriak di lautan sepi . Aku terkapar lemah sendiri. Aku membawa dan menyepikan diri, namun.... Ya Salah sebenarnya method yang ku pilih ini, aku koreksi lagi...dan lagi..

Aku optimiskan lagi, Sabarlah wahai Hati di atas puncak sana kebahagian hakiki siapa tahu barangkali???? Ku hayun kan lagi batang tubuh merentasi batasan tribulasi, ku pergi, dan teruskan lagi.. Terkadang aku tersasar di koordinat nafsi. Ya Allah, Ku bangkit memuhasabahi diri.. Syukuri ku, di atas teman yang sentiasa di sisi , yang faham dan memahami. Walau pun kita masing2 jauh di pelbagai koordinasi...

Majhe Syukran kerana sabar meladeni teman mu ini Asti@bola Cekal mu dan ketinggian citamu ku jadikan inspirasi, (Siti Aminah) yang sabar memberikan petunjuk, terima kasih. Maira@alma kepimpinanmu menjadikan mu tegar berbakti, Harnah @nang Moga terus Thabat di jalan ini, Siti Aishah@Icha ku rindui ketabahan mu berada di sisi , kak Tiya yang selalu menasihati, Linda walau jauh, namun hati kita tetap terikati, Juga buat semuanya Teman Sejati yang terlalu banyak tuk aku lakar sebagai apresiasi , Ku rindui untuk menatapi wajah2 kalian untuk kita sama memateri perjuangan di Bumi Sabah yang terlalu ku rindui... Biarkan aku pergi untuk mencari dan mencari lagi...

Insan Kerdil.. 21 zulkaedah 1430H

Sunday, November 1, 2009

exam oh exam..


Assalamualaikum wtb/salam Sejahtera.

Selamat menduduki peperiksaan Akhir kepada semua warga Universiti Pendidikan Sultan Idris,
moga beroleh kecemerlangan dan kejayaan . Yakin dan pasti bahawa ganjaran bukan bermakna pada pencapaian, tetapi pada usaha yang kita buat.. justeru, formula terbaik atas sebuah kejayaan yang bermakna adalah USAHA.

* Menjaga kesihatan baik mental dan fizikal adalah perlu, disamping rohani sentiasa cukup zatnya, agar mudah menghadapi suasana di dalam dewan peperiksaan...InsyaAllah...

" semoga beroleh kejayaan dan kecemerlangan dunia dan Akhirat"

WASSALAM..