BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 26, 2010

TERKINI

Assalamualaikum wtb.....

Sahabat-sahabat, aktiviti untuk pelajar-pelajar yang sedang bercuti, jom sertai MUSLIM TEENAGERS CAMP 2010. Tarikh telah dipinda pada 1 hingga 4 Jun 2010 atas kekangan tertentu yang tidak dapat dielakkan oleh pihak pelaksana program..kami juga masih berusaha untuk mendapatkan dana program sebanyak mungkin.. sebarang smbangan seikhlasnya daripada sahabat-sahabat yang berada di kejauhan boleh menghubungi pihak pelaksana program :

  • Ilhaam Bin Basri ( UMS KK) ; 0148602693
  • Siti Harnah Abdul (UPSI, Tanjong Malim ) ;0194551840
  • Siti Aminah Asmat ( UDM, Terengganu) ; 0148672603
 Wassalam........

Monday, April 19, 2010

PEPERIKSAAN AKHIR~ TIBA LAGI~


Assalamualaikum wtb ....
Di kesempatan yg sentiasa ada  namun kerapkali tidak di catur dengan semaksima menuju yang terbaik... ku curi sedikit ruang untuk mengupdate blog ini di celah rimbunan nota2 dan pelajaran bermakna buat ku...
Alhamdulillah sehingga ke hari ini masih berbaki lagi hari-hari sebagai pelajar~ juga tuntutan sebagai seorang pelajar. Di saat ini begitu menebal perasaan rindu~ Aku rindu~ Sering kali kematian sebagai peneman benak,di saat ini, bersediakan aku menempuh peperiksaan di alam barzakh, Ya Allah, telah kah aku mengulangkaji untuk menjawab pertanyaan malaikat kelak... ~ di saat aku tidak mengumpul lagi sebanyaknya bekalan menuju JannahMU... Ya Allah.. Moga esok ada lagi untuk TaubatKu...
Aku rindu ~ selalu pada mu Rabbi
SALAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR
MOGA  DIREDHAI & BEROLEH KEJAYAAN YANG AKAN MEMBERI MAKNA 
BEST OF LUCK KENGKAWAN SEMUA.......

Wednesday, March 31, 2010

Selingan Jiwa....

 ~ Rindu nya mau makan setalam dgn kamu urang~

“ Apakah kamu fikir bahawa kamu akan ditinggalkan (tanpa diuji) sedangkan Allah belum lagi megetahui(dalam realistik )adanya mereka yang sanggup berjihad daripada kalangan kamu dan mereka yang tidak mengambil sahabat-sahabat setia selain Allah, Rasul-Nya dan para Mu’min. Dan Allah maha mengetahui segala apa yang kamu lakukan.” ( Surah at-Taubat ayat 16)

Terkadang sendirian memikirkan bahawa kehidupan ini semakin menyakitkan, sehingga kita disentak oleh naluri sendiri, pandanglah, dongaklah kelangit, masih ada yang bernilai daripada segalanya. Sabarlah wahai diri yang telah merelakan dirimu menyambung mata rantai perjuangan ini. Engkau bukan pemulanya, dan bukan juga yang akan mengakhirinya. Sabarlah wahai Jiwa , engkau masih mampu tersenyum tawa ditengah kegelisahan yang engkau hadapi. Syukurlah wahai pejuang agama Allah, kerana kaki yang dihayun ini masih dipilih untuk berjalan di atas perit jerih menegakkan kalimah Haq. Sabarlah wahai diri, kerana bukan murah harga yang perlu dibayar, bukan singkat perjalanan berduri yang perlu dilalui, bukan sedikit pengorbanan yang perlu diberi, jika syurga yang kau ilhami. Teruskan perjuangan walau di mana posisi kamu diletakkan, kerana di situlah perniagaan yang dimodalkan buatmu…

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Surah Al-Imran :200)

~ sekadar memotivasi diriKu~

Tuesday, March 30, 2010

MTC 2010

Assalamualaikum wtb..

Kepada Sahabat-Sahabiah yg berada d Bumi pengajian nun Jauh daripada Sabah, untuk maklumat cuti semester ini kita akan mengadakan satu lagi program MTC '10 ataupun Muslim Teenagers Camp 2010 bertempat di SMK BUKIT GARAM . Tema kita pada kali ini ialah remaja dan motivasi semasa. Serba sedikit maklumat berkenaan program ini bersama saya lampirkan di bawah. Diharapkan AJK yang telah dilantik akan meluangkan sedikit masa yang ada untuk program cuti ini untuk bersama-sama kita menyumbang sesuatu untuk Negeri kita yang tercinta ...


PROGRAM
MUSLIM TEENAGERS CAMP 2010
(MTC ‘10)
Kinabatangan Sabah
Tarikh:
28-30 Mei 2010
Tempat:
SMK BUKIT GARAM, SABAH
Anjuran:
Persatuan Siswazah Sabah (PSS) bahagian Sandakan
Dengan kerjasama
Unit kaunseling SMK BUKIT GARAM
“Generasi muda, pelapis negara”
                                                                     Sasaran peserta : 
   
150 orang - Pelajar Tingkatan 3-5 , sekitar sekolah bahagian Kinabatangan dan Sandakan.



Pengarah                                : Ilhaam Bin Basri
Timb. Pengarah                      : Siti Harnah Binti Abdul
Setiausaha                              : Adriyani Binti Yamin
Bendahari                                : Siti Aminah Binti Asmat

AHLI-AHLI JAWATANKUASA

Unit Pengisian & Modul

Mohd Farid Bin Jalpah
Siti Aishah Abu Bakar

Unit Protokol

Shamsul Rizal Zulfatmi
Salmiati Sulta


Unit Peserta dan Pendaftaran

Rita Mappiare
Salsiah Salleh

Unit Tajaan dan Cenderamata

Majita Ahmad Sultan
Siti Aminah Asmat
Salmiah Azis

Unit Jamuan

Mohd Saidi Idris
Salmah Salleh
Fazlina Abdullah

Unit Tempat dan Kebajikan

Syamsulang Syarifuddin
Zonna Halid

Unit Disiplin dan Keselamatan

Nur Kamal Bin Moong
Mahira Binti Bahar

Unit Teknikal dan Pengangkutan

Hasli Halida
Rahman Rudding
Mohd Firdaus Sulta
Kastiya Puddin


Unit Publisiti dan Penerbitan

Sahril Hakim
Mohd Yazid Abu Bakar
Naimah Binti Basri
Mastura Sulta
Noor Hazlindah Awang

Senarai Fasilitator

Mohd Farid Jalpah
Hasli Halida
Rahman Rudding
Nurkamal Moong
Jasni Abdul Latif
Mustaman Mustain

Siti Aishah Abu Bakar
Salnah Salleh
Majita Ahmad Sultan
Kastiya pudding
Adzlina Junaidi
Khadijah osuan
Siti Kesuma Rojan
Jaslina Jasmin
Misnah
* Bagi yang tidak dapat balik pada cuti sem ini , dan nama-nama yang tercicir daripada senarai AJK boleh berhubung terus dengan nama-nama berikut :

  -Ilhaam Basri : 014-8602693
  -Aishah Abu Bakar : 013-4262381
  - Adriyani @ Ani' : 019-4010102



Friday, February 26, 2010

SEGENAP HIDUPNYA, TAULADAN UMAT...


Tarikh 12 Rabiul Awal merupakan tarikh yang amat bersejarah bagi umat Islam. Itulah tarikh keputeraan Rasulullah s.a.w. Ia juga tarikh ketibaan Rasulullah s.a.w di kota Madinah yang sekaligus merupakan tarikh permulaan pembinaan negara Islam. Dan ia juga tarikh kewafatan Rasulullah s.a.w. 

Tarikh Keputeraannya pada hari ini, membawa saya  untuk berkongsi di samping mencari kilauan hikmah berkenaan baginda yang merupakan kekasih agung . Kehidupannya membawa seribu malah lebih ibrah yang tidak mampu untuk dijumlahkan . Hari ini 12 rabiulawal bertandang kembali, mengingatkan kepada kita umatnya bahawa, tarikh yg sama suatu ketika dahulu, kelahiran agung kekasih Allah . Juga tarikh yang sama suatu ketika dahulu insan mulia ini tiba dan membangunkan kerajaan islam yang pertama di muka bumi ini. 
Namun perlu kita sedari bahawa Nabi Muhammad tidak pernah merasa senang sepanjang 23 tahun memimpin perjuangan Islam.  Nabi Muhammad memimpin dengan air mata, darah dan perit peluh perjuangan semata-mata untuk memastikan Islam tertegak kukuh untuk kesinambungan generasinya... 
Menuju ke saat 12 Rabiulawal sebelum kematiannya menyaksikan pengorbanan untuk menelan segala dugaan dan cabaran demi islam yang diwahyukan melaluinya sehingga kalam Allah yakni Alquran sempurna sebagai suatu pedoman lengkap umat masa kini. Dan ingatlah, disaat kematian Nabi Muhammad Saw,  Umar Al-Khattab la orang yang paling kuat menangis, Abu Bakar pengsan, Ali bertitis air mata dan Uthman berteleku diam. Namun, pemergiaannya dengan meninggalkan bekalan buat kita yang sehingga kini memandui kehidupan yang sementara ,  Al-quran dan Sunnahnya merupakan mutiara berharga tiada tandingnya.
ku petik untaian kata-kata daripada Alphone de Lamartine, seorang warga dan pemuisi Perancis, memberikan penghormatan yang tidak terhingga kepada Nabi umat Islam.....Betapa jika mereka mampu menilai, apatah lagi kita???
“seandainya keagungan tujuan, kekerdilan cara dan kekaguman keputusan menjadi kriteria kecerdikan manusia, tiada siapa yang berani membandingkan sesiapapun manusia agung lain daripada sejarah moden manusia dengan Muhammad. Ahli falsafah, pembicara, pesuruh, hakim, pahlawan, penakluk idea, yang dipuja tanpa bayangan, pengasas kepada dua puluh empayar dunia dan satu empayar spiritual, iaitu Muhammad. Berbanding dengan segala standard yang mana setiap manusia hebat diukur tahapnya.....

SUDAH CUKUP KAH  AKU MENCINTAIMU DARIPADA SEGALA-GALANYA???
BINGKISAN : 12 RABIULAWAL 1431H