BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 22, 2009

Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera,


Setelah sekian lama terlepas pelbagai event penting untuk di kongsi dengan rakan-rakan Bloggers, hari ini Alhamdulillah sedikit ruang yang ada saya cuba untuk gagahkan juga mengisi ruang Blog dengan cerita baru.
Alhamdulillah, semester baru bermula lagi dan memasuki minggu ke tiga, mahasiswa/i kembali sibuk dengan agenda pengajian dan tidak kurang juga yang berada di tahun akhir juga sibuk menyiapkan tesis dan sebagainya. Syukur dan tahniah kepada pelaksana program Simfoni warisan anjuran Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS) yang telah melabuhkan tirainya dengan perlbagai aktiviti berunsurkan warisan berzaman.
Tidak dapat tidak juga pelbagai isu, yang menjadi bualan dan permasalahan mahasiswa/i terutamanya berkenaan dengan pelbagai isu kebajikan . Menjadi dilema di UPSI sekarang dan juga di sesetengah Universiti lain apabila sehingga kini ke minggu ketiga pengajian pelajar belum menerima wang Pinjaman PTPTN ekoran terdapat beberapa masalah yang memang tidak dapat dielakkan daripada pihak penaja. Kami di pihak exco Kebajikan & kemasyarakatan MPP UPSI 08/09 telah mengambil pelbagai inisiatif untuk cuba membantu meringankan bebanan mahasiswa/mahasiswi terutamanya yang berada di semester 2 dan 3. Kami akan membantu sedaya upaya yang kami boleh.
ADRIYANI YAMIN
"CARE TO STUDENT WELFARE"

No comments: