BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 28, 2009

Assalamualaikum wtb...

Ramadhan telah kita tinggalkan , Aidilfitri kini masa diraikan.. InsyaALlah kita pinta agar ditemukan lagi dengan Ramadhan dan Aidilfitri yang akan datang.
Alhamdulillah, Lafaz buat pencipta Agung, di atas tiap nikmat kurniaanNya. Saya bersama beberapa rakan MPP lain telah
membuat satu kunjungan terhadap pelajar unit kediaman luar kampus yang terlibat dengan banjir kilat pada beberapa minggu sebelum raya .

Pelajar yang tinggal di jalan Ketoyong, Tanjong Malim, terlibat dengan banijir kilat dan menyebabkan kemusnahan harta benda mereka. Atas simpati dan rasa tanggungjawab seluruh warga UPSI kutipan dan sedikit derma ikhlas telah diberikan kepada wakil rumah pelajar-pelajar tersebut.
Saya mewakili pelajar UPSI telah menyerahkan sejumlah sumbangan pada 16 September 2009 di kediaman pelajar tersebut.

Dikesempatan ini saya mewakili exco kebajikan & kemasyarakatan MPP upsi 08/09 mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan dan pertolongan warga UPSI dalam menjayakan kutipan derma untuk mangsa banjir tersebut, moga sedkit bantuan yang kita hulurkan mampu mengurang kan sedikit tanggungan di atas kesusahan mereka.

Wassalam

"we care to student welfare"
Adriyani Binti Yamin.

Tuesday, September 15, 2009

Salam Lebaran 1430 H


Salam Lebaran semua warga Universiti pendidikan Sultan Idris,
Juga Kepada semua Rakan Taulan ..

Moga lebaran ini dimanfaatkan untuk terus-terusan mencari keredhaan Allah swt..
Mohon Maaf Salah silap..

25 Ramadhan ..
Adriyani Yamin
Exco Kebajikan & kemasyarakatan MPP upsi 08/09

Tuesday, September 8, 2009

KENANGAN RAMADHAN

* Gambar : Sedikit kenangan misi ziarah keluarga Norazlina , di Bachok Kelantan.



Alhamdulillah,

Lafaz teragung buat mu Rabbi,

Akhirnya, tertunai juga amanah di bahu ini. Setelah menempuh perjalanan yang panjang menuju ke sebuah negeri yang dikenali sebagai bandar raya islam. Dengan takdir Allah juga saya menjejakkan kaki ke bumi ini. Namun apa yang paling ingin saya kongsikan kepada semua rakan-rakan berkenaan dengan objektif utama sebuah perjalanan yang panjang ini. Seusai mendapat berita kematian seorang pelajar pada minggu lepas, saya terus merujuk kepada pegawai HEP untuk mengesahkan kes tersebut , dan sejurus itu, saya dimaklumkan untuk melawat keluarga arwah di kampungnya yakni di Kelantan. Saya bersetuju dan pegawai Hep Telah memberikan saya maklumat detail berkenaan dengan arwah. Justeru saya memilih hari jumaat iaitu 4 September sebagai tarikh permulaan perjalanan, memandangkan hanya selepas hari jumaat itu sahaja saya dan rakan sedikit free.

Selepas itu, saya mengeluarkan suatu surat permohonan kepada TNC HEP untuk melakukan derma bagi kes Kematian tersebut, dan selama 2 hari kutipan di jalankan dan Alhamdulillah kami berjaya mengumpulkan sebanyak RM 1538.10 untuk diserahkan kepada waris arwah. Saya juga berusaha untuk menjejaki rumah sewa arwah yang terletak di kota Malim Prima untuk memudahkan mengumpul dan mengangkut pulang barang-barang tersebut sekali dengan misi ziarah kami pada hari jumaat ( 04-09-09) terima kasih kepada kerjasama daripada semua rakan-rakan juga rakan-rakan arwah yang banyak menolong sepanjang menguruskan barang-barang arwah.

Kami bertolak meninggalkan UPSI , bersama dengan barang-barang arwah yang akan dihantar balik ke kampung arwah iaitu di Jelawat, Bachok kelantan kira-kira dalam pukul 6.00 pm . Saya bersama saudara Zulhilmi Mohd NOOR ( Exco Kebajikan ) yang ditemani rakan MPP iaitu saudari Nur Aqilah Hanis dan seorang rakan lagi iaitu saudara Zulkefli akhirnya berjaya menjejaki kampung halaman Arwah. Sayu hati saya, saat pertama menjejakkan kaki ke rumah arwah iaitu sekitar awal pagi 05 sepetember . Namun saya ketepikan emosi itu, kerana saya yakin bahawa keluarga arwah lebih lagi merasai kehilangan insan tersayang yang manja dengan panggilan Kak Long.

Setelah bersalaman dengan Mak Arwah, saya terus mendapatkan nenek arwah yang sedang teresak-esak kesedihan ketika kami tiba. Kami dimaklumkan bahawa kak Long sememangnya sangat rapat dengan neneknya kerana, arwah pernah dijaga oleh nenek semenjak kecil. Justeru, neneknya tidak dapat melupakan kak Long. Sayu hati saya tatkala nenek dalan esak tangisnya menghampiri barang-barang arwah yang telah diangkut naik ke rumah. Hati mana, yang tidak sedih, bila semacam baru semalam berjumpa dengan arwah, tidur bersama , juga sering berjalan bersama, tiba-tiba sekarang insan itu sudah tidak ada lagi di muka bumi ini.

Apabila ditenangkan, nenek kembali sedar, yang tak dapat saya lupa bila nenek memegang tangan saya , dan menyangka bahawa saya adalah Kak Long. Begitu sekali rindunya hati seorang nenek. Mak arwah banyak bercerita perihal Kak Long kepada kami. Sedikit sebanyak Mak arwah redha dengan kepergian Kak Long. Katanya, yang pergi tetap pergi, kita yang tinggal perlu teruskan kehidupan. Ketika saya bertanya tanda-tanda sebelum arwah meninggal dunia, Mak arwah dengan tenang bercerita, bahawa tak da tanda-tanda pun yang ganjil ditunjukkan oleh arwah sebelum ni. Cuma dia ada berpesan untuk mak menempah kek sempena ulangtahunnya yang jatuh pada bulan yang sama pemergiannya, sekali dengan ulangtahun Abahnya dan ulangtahun perkahwina mak dan ayahnya. Namun sekadar tinggal kenangan dan impian arwah sahaja. Malam sebelum kemalangan tersebut arwah sempat mengucapkan selamat harijadi kepada ayahnya.

Begitulah, sedikit sebanyak perjalanan dengan objektif kebajikan yang membawa saya memijakkan kaki ke bumi serambi makkah ini. Sepanjang perjalanan yang agak jauh pernah saya tempuhi, seringkali saya mengingatkan diri, jika hari saya tiba, bagaimana kah keadaan saya ingin bertemu ilahi dengan keadaan diri yang masih serba kekurangan ini. Dapatkah saya nantinya ditempatkan dalam kalangan umat-umat yang Soleh/ha?? Masih belum terlambat rasanya saya dan kita semua untuk meningkatkan lagi amalan Taqwa sebagai bekalan hakiki nanti, tambahan lagi di bulan mulia ini, di bulan bazar Taqwa untuk kita mecari Mardhatillah.

Sekalung ucapan penghargaan terima kasih di atas semua bantuan rakan-rakan, juga derma ikhlas buat arwah kalungan Syukran saya titipkan , Moga tiap tangan yang menghulur itu akan menjadi saksi di akhirat kelak. Juga Doa dan jambak Al-Fatihah buat Allahyarhamah Norazlina Mohd Noor, moga roh mu dicucuri rahmat oleh yang maha Esa.

Wassalam.

Insan Kerdil.

Wednesday, September 2, 2009

EXCO KEBAJIKAN


Assalamualaikum wtb / salam Sejahtera

Di bulan yang penuh keberkahan ini , milik Allah tiapnya juga tempat hambanya mengabdikan tiap sesuatunya untuk memohon keredhaanNya . Juga tiap apa pun takdir yang ditentukan juga atas kehendaknya. Kesihatan, kemewahan, kemegahan suatu bentuk ujian. Begitu juga, andai kesakitan, musibah kemalangan dan kematian juga tiap satunya sudah pasti ketetapan Rabbi yang tidak dapat untuk kita langkaui, kerana hakikatnya kita hamba yang lemah dan tidak berdaya.

Dikesempatan ini kami mengucapkan takziah atas kehilangan seorang pelajar UPSI yang meninggal dunia pada jumaat lalu ( 28 ogos) setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman untuk bercuti. Marilah sama-sama kita mendoakan agar Allahyarhamah NORAZLINA BINTI MOHD NOOR diletakkan dalam kalangan umat-umat yang soleh/solehah. Kita titipkan doa buatnya juga seringkalilah kita koreksi diri di samping melakukan muhasabah, kerana hari kita juga akan tiba tapi, masa dan cara sahaja yang mungkin berbeza.

WASSALAM...

DARIPADA : EXCO KEBAJIKAN MPP 08/09

MOHD ZULHILMI BIN MOHD NOOR

ADRIYANI BINTI YAMIN