BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 27, 2009

Salam Takziah...

Assalamualaikum & salam sejahtera...

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. -
Aali
`Imraan (3) : 185"

Takziah dan Al-Fatihah buat keluarga dan arwah Nor adila Mohd zawawi yang kembali kerahmatullah setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya semalam. Arwah yang merupakan penuntut di UPSI merupakan pelajar master . Dalam kemalangan yang membabitkan 4 kehilangan nyawa sekaligus melibatkan mak, kakak dan anak saudara kepada arwah juga.
Kami Exco kebajikan & kemasyarakatan MPP UPSI 08/09 mengucapkan takziah di atas pemergian sahabat kita . Moga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh/solehah. InsyaAllah....

Wednesday, October 14, 2009

AINI DAH SEDAR

Alhamdulillah,

lafaz teragung buat yang Maha Esa,
baru sahaja sya dikhabarkan bahawa Aini telah sedar hari ini, setelah koma sejak seminggu lepas.
Namun, ingatannya agak tidak baik, dan mengambil masa untuk dia mengingat semula. Hanya beberapa orang termasuk Mak dan Ayahnya yang mampu dikenalinya.
Juga akibat penyakit laptospirosis yang dialaminya, tangan dan kaki Aini kini telah berwarna kehitam-hitaman.
Berkat doa dan semangat Aini, Alhamdulillah dia telah sedar kini, apa pun yang terbaik buat Aini senantiasa kita doakan. Kepada rakan-rakan Aini yang tak jemu menjaga Aini dan menyampaikan berita tentang Aini terima Kasih tak terhingga akak ucapkan,
'Kepada Aini, Moga lekas sembuh yer dik...

"we Care To student Welfare"
Adriyani Yamin
Exco Kebajikan & kemasyarakatan MPP UPSI 08/09...

Monday, October 12, 2009

Cerita dengan Aini

10 Oktober- Saya berkesempatan menjenguk Aini di Unit rawatan rapi, Hospital Slim, ditemani dengan rakan exco kebajikan dan 2 orang rakan lain. Alhamdulillah, berpeluang juga melihat perkembangan terkini Aini, setelah sekian kalinya hanya mengikuti perkembangan adik ini melalui rakannya.
Turn saya masuk ke dalam Wad tersebut bersama Wan Rosmaria, pertama kali menatap wajah dan kondisi Aini, hati saya tersentap, Maha kuasa Allah yang menjadikan tiap satu kejadian sedemikian dengan kehendakNya jua. Wan Rosmaria, menyuruh saya, mendekati Aini untuk bercakap dengannya, pada mulanya saya agak sedikit kekok, namun setelah saya memulakan satu, satu perkataan barulah saya sedar, bahawa Aini sebenarnya memberi respon, dan mendengar bisikan tersebut. hati saya sdikit pilu, tatkala degupan dada Aini sperti degupan sebak, rupanya Aini mendengar kata-kata semangat yang kita bisikan kepadanya. respon yang diberi Aini, menunjukkan sedikit sebanyak perubahan positif . Namun yang paling penting buat Aini adalah suntikan2 semangat, selain dos2 ubatan untuk penyakit yang di alaminya itu.
" Aini, kuat semangat ye, Smua orang doakan Aini, moga Aini dapat sihat dan kembali ke kuliah semula, ingat Allah selalu ye dik, Akak g dulu ye dik."
kata-kata akhir sewaktu saya meninggalkan Aini, dan naluri saya tahu, Aini dengar bisikan tersebut, walaupun ternyata, dia masih dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dan menurut apa yang dijelaskan oleh jururawat di situ, Aini bukanlah menghidap penyakit denggi, tetapi sejenis penyakit yang disebabkan oleh bawaan binatang seperti tikus. dan berdasarkan laporan Aini sebenarnya -ve denggi.
InsyaAllah, doa berterusan daripada semua, sedikit sebanyak mampu membantu Aini lebih bersemangat dan kuat mendepani dugaan dan penyakitnya itu.

Wallahualam..
"we care to student welfare"

Sunday, October 11, 2009

Peluang- Memohon tabung Zakat UPSI

Assalamualaikum/ Salam sejahtera...

Perhatian kepada semua warga Universiti Pendidikan Sultan Idris, yang mempunyai masalah kewangan anda boleh memohon secara online sebelum 12 oktober(esok)permohonan segera Tabung Zakat daripada pusat Islam UPSI.

Syarat layak memohon ialah
  1. Baki wang di tangan kurang daripada RM 100
  2. Pendapatan penjaga kurang daripada RM 1000
  3. Belum pernah menerima bantuan zakat untuk semester ini.

Cara permohonan

  1. mengisi secara online di dalam portal pelajar- Klik pada bahagian FINANCIAL- dan klik pada button BANTUAN ZAKAT
  2. Printout dan lengkapkan maklumat yang diperlukan dan hantar ke pusat ISlam di Aras 3- Blok C
  3. 14/15 Oktober pelajar yang telah menghantar Borang permohonan boleh datang semula untuk sesi temuduga
  4. keputusan akan diproses- Jika berjaya duit anda akan dikreditkan melalui Bendahari ke dalam akaun anda .

Sebarang Permasalahan bolehlah menghubungi Hotline kebajikan-0198049923 @ terus merujuk ke Pusat Islam UPSI.

Wassala...

"We Care To Student Welfare"

Saturday, October 10, 2009

-KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA-

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

8 OKTOBER 2009

Berhubung berkenaan isu penempatan yang dikatakan akan dilewatkan bermula tahun hadapan, kami mewakili pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berusaha mendapatkan maklumat serta perbincangan dengan beberapa pihak bagi merungkai isu yang semakin menjadi perhatian di kalangan mahasiswa jurusan pendidikan di negara ini.

Menyedari tugas sebagai wakil pelajar, kami mengambil langkah untuk berhubung dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) bagi mendapatkan pandangan serta pendirian mereka berkenaan isu yang berbangkit ini.

Pada 7 Oktober 2009, jam 9.30 malam, saudari Adriyani Yamin, Exco Kebajikan & Kemasyarakatan MPP UPSI yang dtugaskan untuk menghubungi Presiden NUTP, Encik Hashim Adnan telah membuat perbincangan bersama beliau melalui panggilan telefon. Hasil daripada perbincangan tersebut, beberapa ketetapan dan jaminan telah dibuat. Berikut merupakan penjelasan dan pendirian NUTP hasil perbincangan yang dibuat berkenaan isu ini :

• Pihak NUTP menegaskan isu kelewatan untuk penempatan bermula pada tahun hadapan adalah tidak relevan apabila dilihat pada statistik persaraan guru-guru sedia ada.

• Situasi semasa ( tahun 2010 persaraan guru lebih ramai) menunjukkan bahawa isu ini tidak mungkin berlaku, apabila lebih ramai guru-guru baru diperlukan untuk mengisi kekosongan guru yang ada.

• Pendidikan merupakan elemen penting walau di mana sekalipun, justeru adalah tidak relevan jika faktor kekangan kewangan dijadikan sebagai alasan menyebabkan mahasiswa/i yang mengambil bidang pendidikan menjadi korban.

• Mahasiswa/i tidak perlu bimbang berkenaan dengan isu ini, dan melalui NUTP sendiri suara bakal-bakal guru ini boleh disalurkan dengan baik dan NUTP sedia membela bakal-bakal guru.

Justeru, kami berharap penjelasan dan pendirian NUTP ini boleh mengembalikan keyakinan dan semangat semua bakal guru, tidak kira sama ada di UPSI mahupun institusi lain untuk meneruskan usaha mencapai cita-cita menjadi seorang guru.

Mohd Zulhilmi bin Mohd Noor

Adriyani binti Yamin

(Exco Kebajikan & Kemasyarakatan)

Akmal bin Madzir

Norhafizawati bt Mahmad Razali

(Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah)

Nur Aqilah Hanis Bt Mohd Yusoff

Arif bin Mohamad

(Exco Akademik & Kerjaya)

Mohd Hanif Azwan bin Abd Rahman

Norhisham bin Che Hamid

(Exco Kesenian & Kebudayaan)



Friday, October 9, 2009

Ziarah Kebajikan




* GAmbar-gambar sekitar ziarah sdr.Mohd Syukri di Hospital Ipoh yang terlibat kemalangan di Simpang Pulai dan menyebabkan tulang pada muka patah, dan terpaksa menjalani pembedahan untuk membaiki kembali struktur tulang tersebut. Mohd Syukri pelajar sem7 major matematik kini dilaporkan stabil dan telah keluar wad.

*Gambar ziarah sdri siti Aishah Abu Bakar pula ketika ziarah di kampung halaman mak saudaranya di Kedah. Siti Aishah pelajar semester 5 bimbingan & Kaunseling terlibat kemalangan Jalan Raya pada 18 0gos lalu, kini dalam proses pemulihan setelah pembedahan memasukkan besi dan skru pada bahagian bahu dan Kaki. Sdri Aishah dilaporkan dalam proses rawatan dan Alhamdulillah beransur-ansur pulih.

- Moga kedua-dua sahabat kita ini, kembali pulih dan meneruskan perjuangan di UPSI yang belum lagi usai. Kepada rakan yang menjayakan ziarah kebajikan pada o2 oktober lepas, jutaan terima kasih daripada kami exco Kebajikan& kemasyarakatan MPP UPSI.

We Care to student welfare
ADRIYANI YAMIN


Doa berterusan buat Aini...

08 oktober - saya menghubungi rakan Aini, dia memaklumkan bahawa mak dan ayah Aini sentiasa berada di samping Aini. Perkembangan Aini agak membimbangkan dengan keadaan perubahannya yang begitu drastik. Namun, kita bersama-sama mendoakan perkembangannya semakin hari semakin positif. Menurut rakan Aini, Aini dah mula mendengar dan memberi respon daripada orang-orang sekelilingn, melalui gerak mata.

09 Oktober- Baru sebentar tadi, saya menghubungi lagi rakan Aini, untuk mengetahui perkembangan Aini, dan Alhamdulillah, menurutnya, doktor memberitahu, perkembangan Aini semakin baik, dan itu yang kita semua harapkan.

Saya menyeru kepada semua warga UPSI , sama-sama kita terus mendoakan kesejahteraan sahabat kita Wan Aini Bin Ibrahim yang masih lagi koma di Hospital Slim River setelah dimasukkan pada minggu lepas di dalam wad ICU. Moga yang terbaik kita doakan buatnya..

We Care To Student Welfare
Adriyani Yamin
Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan MPP Upsi 08/09.

Sunday, October 4, 2009

Perkembangan Aini

04 September- daripada semalam sya cuba mengikuti perkembangan pelajar yang tenat di Hospital Slim River, dan sebelum pukul 02 pm td, perkhabaran daripada rakan Wan Aini memberitahu bahawa kondisi Aini berada pada keadaan teruk dan degupan jantungnya semakin perlahan dan keadaannya semakin kritikal . Saya menyeru kita sama-sama berdoa agar apa pun takdirnya moga segalaNya itu yang terbaik buat Aini.
Malam ini juga akan di adakan solat hajat dan bacaan yasin buat Aini di Surau KUO, kepada rakan-rakan yang lain boleh lah turut sama datang ke solat hajat malam ini bersama-sama kita mendoakan yang terbaik buat sahabat kita Aini...

"we care to student Welfare"

Saturday, October 3, 2009

Seorang pelajar Upsi Tenat..

Assalamualaikum wtb..

Hari ini 03 SEPTEMBER 09 , kami exco Kebajikan menerima berita seorang pelajar UPSI yang sedang tenat di Hospital Slim River akibat penyakit Denggi. Wakil Mpp kebajikan iaitu, Sdr Akmal, sdr Hisham, sdr Hanif , sdri Aqila, sdri Hafizawati dan beberapa wakil pelajar lain telah melakukan ziarah pada pagi tadi bagi mewakili exco kebajikan. Saya yang mempunyai komitmen lain pada pagi tadi tidak dapat bersama dengan mereka.
Berita yang saya dimaklumkan kondisi pelajar tersebut iaitu
Wan Aini Bte Wan Ibrahim dalam keadaan yang agak teruk .. Saya meminta kepada semua warga UPSI untuk sama-sama mendoakan kestabilan nya. Dan sehingga pukul 10.30 malam ini saya mendapat maklumat bahawa kondisi nya semakin kritikal,organ badan dah terhenti berfungsi.
MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENDOAKAN AGAR SEMUANYA AKAN SELAMAT...

InsyaAllah...
"we Care To Student Welfare"