BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 21, 2008

Semaian ukhuwah, sebarkan dakwah...Muslim intensive training

Kalian akan melihat orang beriman saling

berkasih syg ant satu sama lain, mencintai satu
sama lain, bersahabat satu sama lain bagaikan satu tubuh.
ketika satu bahagian dari tubuh merasa sakit maka
menyebabkan keseluruhan tubuh akan lemah .




Dalam jauh sebuah perjalanan,
Allah amanahkan sebuah perjuangan,
Terimalah ianya sebagai Kekuatan
Assalamualaikum dan salam muhibbah..

Tgu aku Ak 5160.... kejap, ku ada beberapa agenda lagi yg tak settle ni.....



Salam kepulangan anak2 keluarga tercinta ke kampung @ desa halaman yg sekian lama dirindui . Walau dimana kita berada ingatlah sentiasa tanggungjawab yang digalas. Jangan pernah menyenangi dan mencintai hingga kita terlupa bahawa itu semuanya bukan hak milik kita Selalu lah berterima kasih kepada pemberi nikmat yang Maha Agung . Agak keliru kot membaca tulisan ini, sengaja penulis memukaddimahkan entry kali ini dengan ayat-ayat yang sedikit mengelirukan agar, kita sama2 berfikir dan jangan membiarkan sehari pun memory kita kosong tanpa sebarang dokumen baru untuk diSavekan...
Hari ini kupaksa juga tangan menganyam simpulan entry walau sekelumit pun, takut plak tak dapat dah untuk refresh @ updatekan bila cuti sem telah bermula. Sebenarnya, terpaksa juga berkorban beberapa masa yg ada untuk study ni ( esok ada paper), xpalah banyak mana pun kita study kalau x berkualiti ( ka Ba Ro ka alif ta nun) pun cam rugi juga ( ni prinsip insan kerdil ini lah) . Jadi saya cuba manfaatkan masa2 keberkatan yang ada sepenuhnya untuk study. Rehat kejap, gunalah untuk upload entry baru. Tak juga lah Nampak terlalu usang Blog insan kerdil ini.
Ok, kembali ke point utama, sebenarnya, entry kali ini lebih kepada ucapan Maassalamah, sayonara, jumpa lagi kepada bloggers semua. Suka juga untuk saya membawa minda semua pengunjung/ penziarah untuk kita sama2 muhasabah kembali diri kita selama satu sem berada digelanggang kampus, apa yang kita dapat? Apa yang telah kita beri kepada diri, apa yang kita telah buat kepada Islam masyarakat sekeliling(kampus), Dan apa yang kita pernah lakukan untuk Islam tercinta. Tempoh yang Nampak semacam pendek dan singkat Cuma ini, sebenarnya terlalu lama andainya setiap hari dimulakan dengan matlamat kerana Allah... Oleh itu wahai diri si insan kerdil , telinga yang mendengar, dan hati yang menilai lebih dekat dengan tangan yang dihayun mengetuk papan kekunci.
Sebelum saya mengakhiri entry, mohon maaf setiap apa butir bicara, patah ayat, dan gerak laku yang tak kena dipandangan mata yang telah saya lakukan sebelum ini. Kerana hakikatnya saya juga insan biasa.. moga bertemu lagi di entry seterusnya. Menuju ke tarikh 27 nov 2008, tak sabar rasanya untuk kembali ke pangkuan keluarga yang tercinta seterusnya bertemu dengan sahabat2 dan guru2 lamaku...



P/s jumpa kat Pasti oSama ye basongMahal, icha, n Min,.. Kepada bola api, srikandimuda, asrar, kak umi, tgu kdatangan ku d Muslim... InsyaAllah

Wednesday, November 12, 2008



Sesungguhnya ujian-ujian Allah adalah PROSES PENAPISAN, untuk menapis orang yang benar dan yang bohong; orang yang beriman dan Munafik; orang yang sabar dan gopoh.
"..dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir" (Ali-'Imran:141)

Ya Allah ku berlindung di bawah lembayung rahmatMu. Ku memohon kepada mu ya Allah, jangan kau golongkan aku dalam kalangan hamba2 yang memiliki sifat yang dusta. Ya Allah Ya Tuhanku jika lorong dan jalan ini yang terbaik dalam perJALANan Juang ini maka ku REdha akannya. Kau tetapkanlah aku bersama SAhabatku yang lain meneruskan misi di dalam MPP kali ini agar haq tetap memenangi kebatilan.
Mahasiswa-mahasiswi ibu kandung suluh budiman sekalian, teruskan berusaha menghabiskan sisa-sisa exam yang berbaki lagi. BI TAUFIQ WA NAJAH.

CHAIYO2 3 PAPER LAGI;
18/NOV, SEJARAH DUNIA : PERADABAN AWAL
19/NOV, BUSSINES ACCOUNTING
21/NOV, COST ACCOUNTING
..... 22 Nov exam sem ni berakhir dah, exam dunia still berjalan....

Tuesday, November 11, 2008

Amanah ...



Gambar: ketika watikah diberi, amanah terpateri kukuh disanubari

Ya Allah yA Tuhanku...
MENGISI HARI MENDATANG... huh Berat rasanya
Tiap kali semangat berada pada tahap celcius tertinggi untuk mengarang sesuatu, tiap kali itu juga blok konkrit menghadang idea, tiap kali itu juga keinginan terus lesu dan akhirnya tinggallah blog kesayangan ini sepi tanpa sebarang post baru untuk dikongsi bersama penziarah. Namun, kugagahi juga tangan ini mengarutkan sesuatu . ( maaf ya ) Set induksinya terlalu puitislah, sehingga mgkn sahabat/sahabiah tertanya2 apa yang ingin dikongsi oleh penulis naïf ini. Ok lah, straight to the point sebenarnya ingin gak mengongsikan perjalanan kehidupan selepas terpilih menduduki kerusi MPP baru-baru ni. Namun diri lebih suka dan memilih untuk mengkonklusikan serba sedikit perjalanan ini.

Hakikat kehidupan ini sememangnya dipenuhi dengan mehnah dan tribulasi yang tiap orang memperolehi versi yang berbeza. Dan tiap orang juga punyai persepsi yang berbeza terhadap sesuatu yang diterimanya. Ada yang menganggapnya sebagai suatu dugaan, ada yang anggapnya sebagai pengalaman berharga, ada yang menganggapnya sebagai mehnah dalam perjuangan, sebagai ujian piawai seorang dai’e, dan izinkan saya menyimpulkan semuanya dibawah lembayung kata “ole-ole dari Rabbi”
Tidak pernah terbayang dalam hidup ini, pada tanggal 21 oktober 2008 akan memenangi PRK , dan tidak pernah terbayang akan memegang portfolio EXCO KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN dalam MPP. Pelbagai benda bermain di minda sehinggalah pada tanggal 08 november bila watikah diberi sekaligus amanah yang berat tertanggung di pundak ini.
Senyuman yang tergambar ketika hari watikah tidak dapat menandingi hati yang menangis atas apa jua yang berlaku dan telah di takdirkan oleh MAHA PENCIPTA. Teringat kata-kata pujangga,
“sesungguhnya ketetapan Khaliq mustahil dilangkau walau Seinci”

Seringkali minda diterjah dengan persoalan ... dan akhirnya dapat juga persoalan ini bertemu dengan jawapan yang paling tepat. Dan akhirnya, hati ini redha ... Seringkali hati ini kecewa tatkala tiap apa yang di inginkan dan dimatlamatkan dan juga dirancang semua tidak menjadi kenyataan... Namun redha lah atas tiap yang telah ditakdirkan, kerana 1001 hikmah perlu kau telusuri.Minda menerjah lagi.....
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN???? ... KERANA,,,,Jawapanya ada di dalam petikan daripada surah Al-baqarah ayat 216 lebih kurang berbunyi;

“ Difardhukan ke atas kamu semua berperang walaupun berperang itu sesuatu yang kamu benci itu membawa kebaikan bagi kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai itu membawa keburukan bagi kamu. Dan Allah lebih mengetahui akan apa yang kamu tidak ketahui”
Wahai diri dan para sahabat “SEPERJUANGANNYA” teruskanlah berjuang. Walau di posisi mana kita dicampakkan jadilah persis sebutir benih, dicampak dengan kesakitan sekalipun, di tanah yang kontang akan menjadi tumbuhan yang subur, di lautan dalam sekalipun menjadi pulau. Memang pedih menerima takdir yang tak disangka2 namun itulah lumrah pejuang, kesakitan itu sebagai ganjaran yang akan didebitkan ke akaun akhirat kelak.
“SALAM KEBAJIKAN”

Monday, November 10, 2008



Exam....
Betapa kaulah pendamping tegar pelajar2 zaman kini. Mendengar akan namamu bisa menyentap tangkai jantung hingga ke peparu siapa jua yang bakal menghadapi engkau di medan pertempuran dewan-dewan peperiksaan. Tapi tidak mengapa lah, kerna ku yakini bahawa engkau tidak akan menzalimi bagi sesiapa yang telah membuat persediaan menyambutmu kan??? Ku tahu bahawa engkau adalah suatu agenda menguji tahap prestasi terkini pelajar-pelajar kan?? Bergembiralah bagi sesiapa jua yang tidak sabar-sabar menantimu kan??


Exam...

Ku telah jemu menghadapi mu, namun apakan dayaku sebagai musafir ilmu ku tetap akan mendepani hari bersamamu, menumpahkan segala lava-lava yang ada di dalam perut sereberum dan serebelumku.. Betapa peritnya dalam mengakses segala data-data ketika aku berada di medan itu, dengan pelbagai fakta perlu diingati rentetan dan kronologinya perlu dihuraikan terutamanya diri ini yang menuntu ilmu tawarikh...


Namun exam..
Kau mengajarku menjadi seorang insan yang sangat menghormatimu, kerana ku tahu jika ku meletakkan niat kepada Allah, pastinya engkau adalah teman terbaik dalam mengaplikasikan segala hasil yang telah diberikan oleh para Muallim sepanjang tempoh kuliah berjalan.. Teruskan langkah dimedan juang. Ilmu yang kau perolehi merupakan modal besar dalam membina pentas Revolusi ITU...
KU TIDAK GENTAR KEPADAMU EXAM.......


Ingatan Buat diri :
StuDy... stuDy juga... Hak pada yang sepatutnya jangan di LUpa.. Jangan LUpa Pemberi NIkmat.. Dia MErindu Rintihan mu di sepertiga Malam..

Wednesday, November 5, 2008

Jom Baca Then Timbang...


Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yangcantik.

"Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya.

"Kau betul, inilahcangkir tercantikyang pernah aku lihat," ujar si datuk.

Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara,"Terima kasih untuk perhatian anda,perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik.Sebelum menjadi cawan yang dikagumi,aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorangpenjunan dengan tangan kotor melemparaku kesebuah roda berputar. Kemudian iamulai memutar-mutar aku hingga akumerasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu dia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop!Stop ! teriakku lagi. Tapi orang inimasih sajameninjuku, tanpa menghiraukanteriakanku. Bahkan lebih buruk lagi iamemasukkan akuke dalam api. Panas! Panas ! Teriakkudengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya dia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum.Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, 'Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke dlm api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong !Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orangini tidak peduli dengan teriakanku.

DIa terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku"kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca.

Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali.Aku hampir tidak percaya, kerana dihadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku.

"Datuk dan nenek itu terdiam membisu.Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

Pengajaran:Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan,sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata.Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, keranaTuhan sedang membentuk anda.Bentukan bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).

WAllahu a'lam

Salam Imtihan

Tuesday, November 4, 2008

Bait & irama membawa semangat...

Adakah kau lupa kita pernah berjaya?

Adakah kau lupa kita pernah berkuasa?

Memayungi dua per tiga dunia

Merentas benua, melayar samudera

Keimanan juga ketakwaan

Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsaKita bina

kekuatan jiwaTempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam

Membawa arus perubahan

Keikhlasan hati dan nurani

Ketulusan jiwa mereka berjuang

Adakah kau lupa?

Sejarah telah mengajar kita

udaya Islam di serata dunia

Membina tamadun berjaya

Merubah mengangkat maruah...





Salam perjuangan, salam kasih sayang...

Tika malam, disaat semua siswa mahupun siswi dengan kelaziman duty, dan juga tidak kurang yang sedang menelaah dan membuat persediaan untuk menghadapi exam. Jiwa yang merindui membwa kepada tangan untuk mengetuk-ngetuk papan kekunci laptop untuk menitipkan sesuatu ke dalam medan dakwah maya ini. Waima, ku sebenarnya tidak tahu untuk memulakan bagaimana dan apa, namun kugagahi juga dengan memaksa si memory tua ini mengeluarkan idea-idea walau sekelumit cuma untuk tatapan terbaru kepada si penziarah tetap, blog usang ini...

Sahabat wa sahabiah ku ...

Tika menyedari disaat kadangkala leka memikirkan amanah, tggjwb serta 1001 lagi masalah yang perlu kita galasi teringin rasanya mengajak sahabat semua untuk sama2 kita mendalami serta menghayati bait-bait daripada lagu

"Adakah kau lupa"......

Teruskan perjuangan kepada semua...