BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 26, 2008

tika ini......


Assalamualaikum wa salam Mahabbah..
kini beberapa hari telah ku tinggalkan detik getir perjuangan itu, Sungguh ku tak pernah menyangka bahawa takdir terbaik Allah buatku saat ini apabila meletak kan ku berada digelanggang itu. Detik 07.3o ( lebih kurang) malam 22 0ktober setelah ku bertemu dengan kekasih yang Agung, sahabat2 tersayang membawa perkhabaran, aku telah berjaya mendapat kerusi bagi fakulti sains sosial dan kemanusiaan. Sekaligus berjaya menjadi ahli majlis perwakilan pelajar sesi 08/09. Tidak dapat ku menahan air mata daripada tertumpah, kerana aku juga manusia biasa yang tidak boleh menidakkan perasaan2 yang ada. Mungkin sahabat2 bahkan siapa jua tidak dapat menfsirkan air mata yang tertumpah ini, namun itulah airmata yang luhur mengucapkan syukurku padaMu ya Rabbi, bahawa Engkau tidak pernah akan mempersia2 kan usaha, doa, dan pengharapan hambaMu yang kerdil ini. Kau telah melakarkan corak2 kehidupan( takdir) yang cukup cantik buat kami semua Ya Allah, Ya Rahman , Ya Rahim..
Kini,
detik kemenangan itu telah dan semakin jauh dan terus berlalu, kini ku yakini bahawa tidak mudah untuk mengisi agenda2 ke dalam kemenangan itu, kerana ku yakin bahawa nilai prepaid isian kemenangan itu adalah lebih besar nilainya, tak terinfiniti likunya, tak terucap pengorbanannya, tak tertanggung amanahnya, dan terkata tanggung dan jawabnya kelak... ku meyakini bahawa tidak akan Kau tinggalkan aku ya Allah mengisi kemenangan ini bersendirian , ku meyakini, seribu malah lebih daripada itu pengharapan daripada semua sahabat untuk kita sama2 mengisi kemenangan itu,
Juga,
Ku mengucapkan ribuan terima kasih, syukran yang tidak terhingga kepada semua sahabat-sahabat kerana bersama2 kita dalam menelusuri jalan kearah mencapai kemenangan itu. Sahabatku , doaku agar tetap kita bersama di Jalan yg kita telah pilih ini, sehinggalah kepada sedutan oksigen yg terakhir... Kerana Keyakinan kita adalah sama, juga matlamat kita sama. ILA MArDHATILLAH...............

bersama sahabat selepas rapat umum...

Saturday, October 18, 2008

suasana..SETAHUN YANG LALU..

ku masih ingat suasana setahun yang lalu..ketika itu kubaru menjejakkan kakiku ke bumi UPSI ini..ku mula belajar dari pengalaman yang ada..ku meyakini setiap langkahan dan butir bicara ku ini beralaskan kemampuan yang kumiliki..tidak pernah ku ingini apa yang ada dalam MPP..kelebihan-kelebihan seperti berjalan-jalan di oversea,nama yang popular dan sebagainya

Namun,apa yang kucari ialah kumahu sentiasa rapat dan mesra dengan mahasiswa disini..bila kupandang wajah-wajahnya ku berasa dekat dan mengasihi..semuanya rakan-rakanku..baik muslim mahupun non-muslim..

SETAHUN YANG LALU..ku baru bertatih..melihat kakak-kakak dan abang-abang begitu bersemangat dalam memperjuangkan manifesto yang ada..ku berfikir mengapa manifesto mereka HANYA BIASA??tidak seperti sesetengah yang lain YANG GAH dengan setiap butir bicara dan janji-janji yang ada??
Baru kini kumula mengerti..TERLALU IDEALISTIKnya manifesto itu hingga menyukarkan untuk diREALISASIkan...mengapa begitu?? persoalan ini bukan hanya perlu individu itu sahaja yang menjawabnya..tetapi semua!
KINI..saya mula menyedari dan mula bangkit memperjuangkan tahap kemampuan yang ada..betapa KEBAJIKAN PELAJAR itulah yang lebih UTAMA..andai rakan-rakan berasa saya adalah yang SELAYAKNYA maka UNDILAH SAYA...ADRIYANI BINTI YAMIN...CALON FAKULTI (FSSK)

Friday, October 17, 2008

SALAM MESRA..buatmu


HIDUP INI UMPAMA RAMA-RAMA...BEBAS BERTERBANGAN DAN BEBAS DALAM MENCARI KEMANFAATAN UNTUK HIDUP..pun begitu,walaupun cantik namun hayat hidupnya amatlah singkat..begitu juga dengan diriku...masa yang ku ada ketika berada di sini akan kugunakan sebaik mungkin..akan kutabur segala bakti dan keringat untuk ku memberikan kebahagiaan dan kegembiraan pada orang lain...tidak mahu hanya ku dilihat cantik diluaran namun tiada omongan yang mampu kubuktikan dan tiada perlakuan yang dapat ku tonjolkan.Lantaran,apa yang kunyatakan akan kulakukan sedaya yang termampu buat rakan-rakan UPSI..

salam mesra dan salam perpaduan buat semua warga UPSI
Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat ALLAH SWT atas keizinanNYA dalam melancarkan langkahan ini untuk bersama-sama dengan rakan-rakan calon yang bertanding dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 08/09 pada kali ini..

Oleh itu,dulu,kini dan selamanya..nama yang diberi adalah ADRIYANI BINTI YAMIN merupakan mahasiswi semester 3 dan mengambil kursus SEJARAH. Dengan keyakinan dan keikhlasan yang ada buat semua rakan-rakan UPSI yang tersayang maka saya telah membuat keputusan untuk bertanding sebagai CALON FAKULTI.

Ternyata,pemilihan sebagai CALON FAKULTI yang kini bernaung di FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN memberikan saya pada kemampuan yang ada untuk bersama-sama menjaga kebajikan mahasiswa/wi yang mengambil kursus yang pelbagai pada fakulti itu khususnya pada kursus GEOGRAFI dan SEJARAH.
Maka,buat rakan-rakan tersayang..manifesto yang akan saya perjuangkan nanti ialah berkaitan dengan ketidakcukupan bahan-bahan ilmiah seperti buku,jurnal,artikel dan majalah di perpustakaan UPSI yang amat menyukarkan para pelajar khususnya kepada pelajar major atau minor bagi kursus SEJARAH,GEOGRAFI dan MORAL...
Keadaan ini telah sekian lama berlaku..lantas menyebabkan kebanyakan pelajar FSSK terpaksa keluar mencari input pada setiap sem di beberapa tempat yang berbeza seperti beberapa UNIVERSITI yang lain,PERPUSTAKAAN NEGARA dan sebagainya.

Pun begitu,saya juga mahu menyuarakan kepada pihak atasan untuk menambah jumlah bilik-bilik tutorial yang kadangkalanya memberikan kesukaran terhadap pelajar FSSK ini lantaran adakalanya berlaku ketidakcukupan tempat duduk ekoran bilik kuliah yang kecil dan terhad sedangkan jumlah pelajar adalah semakin bertambah dari setiap tahun ke tahun.

Lantaran itu,saya menyeru dan memohon pada semua rakan tersayang,UNDI dan SOKONGLAH saya dalam MEREALIASIkan manifesto yang akan saya bawakan ini.Ternyata,1 UNDI daripada anda AMAT BERMAKNA!

Allah meletakkan Diriku...


Gambar rakan seperjuangan yang mempunyai kesedaran unutk memimpin rakan-rakan yang lain. Ni semasa kem kepimpinan pertama. semua telah ku lalui dan selepas kem ke-2 di BTn ulu Kenas kuala Kangsar kini berjuanglah di medan pilihanraya kampus. Tak pernah terbayangkan yang suatu masa aku akan berada disini bersama-sama menabur manifesto untuk meraih kepercayaan untuk mendapat tempat di dalam MPP. berbekalkan semangat juang dan sahabat-sahabat kini ku menggenggam keyakinan untuk menempuh apa jua rinangan di hadapan. Ku mengharapkan semua doa rakan-rakan agar alignmen Nawaitu ini tetap pada paksinya. InsyaAllah pada 21.10 nanti akan berlangsunglah detik itu. tak kisahlah siapa diantara kami baik Mastura, Asree ataupun Adriyani yang bertanding mewakili Fakulti Sains Sosial & kemanusiaan , agar dapat melaksanakan sebaik-baiknya tanggungjawab yang diberikan pabila berjaya memenanginya kelak .


BismillahirrahmanirRahim...


salam perjuangan, salam mahasiswa, salam PRK.... semestinya tika ini sedang berlakunya suatu suasana yang cukup meriah dengan kempen pilihanraya oleh semua calon- calon MPP pada kali ini kan??? dan saya melihatnya sebagai suatu yang sihat dan suatu situasi perjuangan yang sangat menarik... terpampanglah pelbagai janji dan manifesto untuk memikat para golongan sasaran... gunalah apa jua manifesto sekalipun tapi perlu kta semua ingati bahawa kita bertanggungjawab dengan setiap apa jua yang kita canangkan.


Tidak semudah ABC, untuk melestarikan dan menunaikan apa yang telah dengan mudah kita canang2kan. Kerana realitinya kita manusia, kebolehupayaan yang sangat terhad berbanding penentu takdirNya yang takTERINFINITI kekuasaannya.

Diharapkan ilmu dan rasa tanggungjawab perlu ada dalam diri para pemimpin2 mahasiswa kelak agar dapat membuktikan bahawa kita tidak mempersia2kan segala harapa rakan-rakan untuk memilih dan menjadikan kita sebagai corong suara mereka.


Justeru mari kita sama-sama kaji diri kita sama ada kita ini merupakan pemimpin yang tahu akan halu tuju kepimpinan ini kerana amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh pemimpin merupakan suatu yang berat. Namun jika mengikut landasan Islam maka tidak menjadi masalah. Contoh sudah ada ditunjukkan pada kita iaitu Rasulullah dan para sahabat Cuma tinggal kita teladani sahaja.Mari sahabat kita sama-sama perbaiki cara kepimpinan kita agar kita tidak gagal dalam memikul amanah yang telah kita pikul. Oleh itu ilmu perlu kita perbanyakkan dalam diri kita supaya setiap apa yang kita lakukan akan dipandu dengan ilmu dan keimanan.

-bak kata Munsyi Abdullah dalam buku Hikayat Abdullah


“Apabila engkau mendapatWang, belikan emas,

Jualkan emas,belikan intan,

Jualkan intan, belikan manikam,

Jualkan manikam, belikan ilmu.”



- maaf andai ada yang x betul, hakikatnya sya juga insan biasa-

Wednesday, October 15, 2008

Selamat Mengundi

selamat mengundi di ucapkan kepada semua warga kampus UPSI......