BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Saturday, October 10, 2009

-KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA-

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

8 OKTOBER 2009

Berhubung berkenaan isu penempatan yang dikatakan akan dilewatkan bermula tahun hadapan, kami mewakili pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berusaha mendapatkan maklumat serta perbincangan dengan beberapa pihak bagi merungkai isu yang semakin menjadi perhatian di kalangan mahasiswa jurusan pendidikan di negara ini.

Menyedari tugas sebagai wakil pelajar, kami mengambil langkah untuk berhubung dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) bagi mendapatkan pandangan serta pendirian mereka berkenaan isu yang berbangkit ini.

Pada 7 Oktober 2009, jam 9.30 malam, saudari Adriyani Yamin, Exco Kebajikan & Kemasyarakatan MPP UPSI yang dtugaskan untuk menghubungi Presiden NUTP, Encik Hashim Adnan telah membuat perbincangan bersama beliau melalui panggilan telefon. Hasil daripada perbincangan tersebut, beberapa ketetapan dan jaminan telah dibuat. Berikut merupakan penjelasan dan pendirian NUTP hasil perbincangan yang dibuat berkenaan isu ini :

• Pihak NUTP menegaskan isu kelewatan untuk penempatan bermula pada tahun hadapan adalah tidak relevan apabila dilihat pada statistik persaraan guru-guru sedia ada.

• Situasi semasa ( tahun 2010 persaraan guru lebih ramai) menunjukkan bahawa isu ini tidak mungkin berlaku, apabila lebih ramai guru-guru baru diperlukan untuk mengisi kekosongan guru yang ada.

• Pendidikan merupakan elemen penting walau di mana sekalipun, justeru adalah tidak relevan jika faktor kekangan kewangan dijadikan sebagai alasan menyebabkan mahasiswa/i yang mengambil bidang pendidikan menjadi korban.

• Mahasiswa/i tidak perlu bimbang berkenaan dengan isu ini, dan melalui NUTP sendiri suara bakal-bakal guru ini boleh disalurkan dengan baik dan NUTP sedia membela bakal-bakal guru.

Justeru, kami berharap penjelasan dan pendirian NUTP ini boleh mengembalikan keyakinan dan semangat semua bakal guru, tidak kira sama ada di UPSI mahupun institusi lain untuk meneruskan usaha mencapai cita-cita menjadi seorang guru.

Mohd Zulhilmi bin Mohd Noor

Adriyani binti Yamin

(Exco Kebajikan & Kemasyarakatan)

Akmal bin Madzir

Norhafizawati bt Mahmad Razali

(Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah)

Nur Aqilah Hanis Bt Mohd Yusoff

Arif bin Mohamad

(Exco Akademik & Kerjaya)

Mohd Hanif Azwan bin Abd Rahman

Norhisham bin Che Hamid

(Exco Kesenian & Kebudayaan)



Friday, October 9, 2009

Ziarah Kebajikan




* GAmbar-gambar sekitar ziarah sdr.Mohd Syukri di Hospital Ipoh yang terlibat kemalangan di Simpang Pulai dan menyebabkan tulang pada muka patah, dan terpaksa menjalani pembedahan untuk membaiki kembali struktur tulang tersebut. Mohd Syukri pelajar sem7 major matematik kini dilaporkan stabil dan telah keluar wad.

*Gambar ziarah sdri siti Aishah Abu Bakar pula ketika ziarah di kampung halaman mak saudaranya di Kedah. Siti Aishah pelajar semester 5 bimbingan & Kaunseling terlibat kemalangan Jalan Raya pada 18 0gos lalu, kini dalam proses pemulihan setelah pembedahan memasukkan besi dan skru pada bahagian bahu dan Kaki. Sdri Aishah dilaporkan dalam proses rawatan dan Alhamdulillah beransur-ansur pulih.

- Moga kedua-dua sahabat kita ini, kembali pulih dan meneruskan perjuangan di UPSI yang belum lagi usai. Kepada rakan yang menjayakan ziarah kebajikan pada o2 oktober lepas, jutaan terima kasih daripada kami exco Kebajikan& kemasyarakatan MPP UPSI.

We Care to student welfare
ADRIYANI YAMIN


Doa berterusan buat Aini...

08 oktober - saya menghubungi rakan Aini, dia memaklumkan bahawa mak dan ayah Aini sentiasa berada di samping Aini. Perkembangan Aini agak membimbangkan dengan keadaan perubahannya yang begitu drastik. Namun, kita bersama-sama mendoakan perkembangannya semakin hari semakin positif. Menurut rakan Aini, Aini dah mula mendengar dan memberi respon daripada orang-orang sekelilingn, melalui gerak mata.

09 Oktober- Baru sebentar tadi, saya menghubungi lagi rakan Aini, untuk mengetahui perkembangan Aini, dan Alhamdulillah, menurutnya, doktor memberitahu, perkembangan Aini semakin baik, dan itu yang kita semua harapkan.

Saya menyeru kepada semua warga UPSI , sama-sama kita terus mendoakan kesejahteraan sahabat kita Wan Aini Bin Ibrahim yang masih lagi koma di Hospital Slim River setelah dimasukkan pada minggu lepas di dalam wad ICU. Moga yang terbaik kita doakan buatnya..

We Care To Student Welfare
Adriyani Yamin
Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan MPP Upsi 08/09.

Sunday, October 4, 2009

Perkembangan Aini

04 September- daripada semalam sya cuba mengikuti perkembangan pelajar yang tenat di Hospital Slim River, dan sebelum pukul 02 pm td, perkhabaran daripada rakan Wan Aini memberitahu bahawa kondisi Aini berada pada keadaan teruk dan degupan jantungnya semakin perlahan dan keadaannya semakin kritikal . Saya menyeru kita sama-sama berdoa agar apa pun takdirnya moga segalaNya itu yang terbaik buat Aini.
Malam ini juga akan di adakan solat hajat dan bacaan yasin buat Aini di Surau KUO, kepada rakan-rakan yang lain boleh lah turut sama datang ke solat hajat malam ini bersama-sama kita mendoakan yang terbaik buat sahabat kita Aini...

"we care to student Welfare"

Saturday, October 3, 2009

Seorang pelajar Upsi Tenat..

Assalamualaikum wtb..

Hari ini 03 SEPTEMBER 09 , kami exco Kebajikan menerima berita seorang pelajar UPSI yang sedang tenat di Hospital Slim River akibat penyakit Denggi. Wakil Mpp kebajikan iaitu, Sdr Akmal, sdr Hisham, sdr Hanif , sdri Aqila, sdri Hafizawati dan beberapa wakil pelajar lain telah melakukan ziarah pada pagi tadi bagi mewakili exco kebajikan. Saya yang mempunyai komitmen lain pada pagi tadi tidak dapat bersama dengan mereka.
Berita yang saya dimaklumkan kondisi pelajar tersebut iaitu
Wan Aini Bte Wan Ibrahim dalam keadaan yang agak teruk .. Saya meminta kepada semua warga UPSI untuk sama-sama mendoakan kestabilan nya. Dan sehingga pukul 10.30 malam ini saya mendapat maklumat bahawa kondisi nya semakin kritikal,organ badan dah terhenti berfungsi.
MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENDOAKAN AGAR SEMUANYA AKAN SELAMAT...

InsyaAllah...
"we Care To Student Welfare"