BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 17, 2008



BismillahirrahmanirRahim...


salam perjuangan, salam mahasiswa, salam PRK.... semestinya tika ini sedang berlakunya suatu suasana yang cukup meriah dengan kempen pilihanraya oleh semua calon- calon MPP pada kali ini kan??? dan saya melihatnya sebagai suatu yang sihat dan suatu situasi perjuangan yang sangat menarik... terpampanglah pelbagai janji dan manifesto untuk memikat para golongan sasaran... gunalah apa jua manifesto sekalipun tapi perlu kta semua ingati bahawa kita bertanggungjawab dengan setiap apa jua yang kita canangkan.


Tidak semudah ABC, untuk melestarikan dan menunaikan apa yang telah dengan mudah kita canang2kan. Kerana realitinya kita manusia, kebolehupayaan yang sangat terhad berbanding penentu takdirNya yang takTERINFINITI kekuasaannya.

Diharapkan ilmu dan rasa tanggungjawab perlu ada dalam diri para pemimpin2 mahasiswa kelak agar dapat membuktikan bahawa kita tidak mempersia2kan segala harapa rakan-rakan untuk memilih dan menjadikan kita sebagai corong suara mereka.


Justeru mari kita sama-sama kaji diri kita sama ada kita ini merupakan pemimpin yang tahu akan halu tuju kepimpinan ini kerana amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh pemimpin merupakan suatu yang berat. Namun jika mengikut landasan Islam maka tidak menjadi masalah. Contoh sudah ada ditunjukkan pada kita iaitu Rasulullah dan para sahabat Cuma tinggal kita teladani sahaja.Mari sahabat kita sama-sama perbaiki cara kepimpinan kita agar kita tidak gagal dalam memikul amanah yang telah kita pikul. Oleh itu ilmu perlu kita perbanyakkan dalam diri kita supaya setiap apa yang kita lakukan akan dipandu dengan ilmu dan keimanan.

-bak kata Munsyi Abdullah dalam buku Hikayat Abdullah


“Apabila engkau mendapatWang, belikan emas,

Jualkan emas,belikan intan,

Jualkan intan, belikan manikam,

Jualkan manikam, belikan ilmu.”



- maaf andai ada yang x betul, hakikatnya sya juga insan biasa-

1 comment:

Bola_Api said...

kata-kata munsyi itu memang ditujukan kepada pencinta ilmu dan terutama kepada future pendidik di UPSI selamat mengundi dan undi anda akan dapat mengubah landskap kepimpinan universiti anda kepada baik ataupun tetap di tampuk yang lama....salam ziarah