BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 21, 2008

Assalamualaikum dan salam muhibbah..

Tgu aku Ak 5160.... kejap, ku ada beberapa agenda lagi yg tak settle ni.....



Salam kepulangan anak2 keluarga tercinta ke kampung @ desa halaman yg sekian lama dirindui . Walau dimana kita berada ingatlah sentiasa tanggungjawab yang digalas. Jangan pernah menyenangi dan mencintai hingga kita terlupa bahawa itu semuanya bukan hak milik kita Selalu lah berterima kasih kepada pemberi nikmat yang Maha Agung . Agak keliru kot membaca tulisan ini, sengaja penulis memukaddimahkan entry kali ini dengan ayat-ayat yang sedikit mengelirukan agar, kita sama2 berfikir dan jangan membiarkan sehari pun memory kita kosong tanpa sebarang dokumen baru untuk diSavekan...
Hari ini kupaksa juga tangan menganyam simpulan entry walau sekelumit pun, takut plak tak dapat dah untuk refresh @ updatekan bila cuti sem telah bermula. Sebenarnya, terpaksa juga berkorban beberapa masa yg ada untuk study ni ( esok ada paper), xpalah banyak mana pun kita study kalau x berkualiti ( ka Ba Ro ka alif ta nun) pun cam rugi juga ( ni prinsip insan kerdil ini lah) . Jadi saya cuba manfaatkan masa2 keberkatan yang ada sepenuhnya untuk study. Rehat kejap, gunalah untuk upload entry baru. Tak juga lah Nampak terlalu usang Blog insan kerdil ini.
Ok, kembali ke point utama, sebenarnya, entry kali ini lebih kepada ucapan Maassalamah, sayonara, jumpa lagi kepada bloggers semua. Suka juga untuk saya membawa minda semua pengunjung/ penziarah untuk kita sama2 muhasabah kembali diri kita selama satu sem berada digelanggang kampus, apa yang kita dapat? Apa yang telah kita beri kepada diri, apa yang kita telah buat kepada Islam masyarakat sekeliling(kampus), Dan apa yang kita pernah lakukan untuk Islam tercinta. Tempoh yang Nampak semacam pendek dan singkat Cuma ini, sebenarnya terlalu lama andainya setiap hari dimulakan dengan matlamat kerana Allah... Oleh itu wahai diri si insan kerdil , telinga yang mendengar, dan hati yang menilai lebih dekat dengan tangan yang dihayun mengetuk papan kekunci.
Sebelum saya mengakhiri entry, mohon maaf setiap apa butir bicara, patah ayat, dan gerak laku yang tak kena dipandangan mata yang telah saya lakukan sebelum ini. Kerana hakikatnya saya juga insan biasa.. moga bertemu lagi di entry seterusnya. Menuju ke tarikh 27 nov 2008, tak sabar rasanya untuk kembali ke pangkuan keluarga yang tercinta seterusnya bertemu dengan sahabat2 dan guru2 lamaku...



P/s jumpa kat Pasti oSama ye basongMahal, icha, n Min,.. Kepada bola api, srikandimuda, asrar, kak umi, tgu kdatangan ku d Muslim... InsyaAllah

No comments: