BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 14, 2009

PECUTAN BERMAKNA


* Syukran kerana telah banyak Memberi.....

Alhamdulillah, sedikit kelapangan di tengah pecutan exam ini masih bersisa. Sejak akhir-akhir ini tangan begitu ringan untuk beraksi di papan kekunci. Satu demi satu ayat merapu. Hati tenang. Kerana inilah diriku sebenarnya. Bebas dalam ‘track’nya. Berlari dalam lingkungan 'Batas'nya.... Moga ku bisa sedar bilamana aku tersasar dari landasan. InsyaAllah.. Hurm... hari ini paper ketiga telah lepas. Alhamdulillah, dipermudahkan. Aku harap begitu juga dengan 3 lagi paper yang bakal menyusul. Sejak kebelakangan ini aku suka menerokai pelbagai ruang-ruang informasi. Aku menilai, mengkaji, ku amati.. Ku keluarkan sedikit demi sedikit otak daripada tempurung gelapnya untuk aku melihat semesta seluas-luasnya.. Ah.. Lega..

"impianku bukan menjadi isteri saudagar pak.. impian ku ingin menjadi seorang GURU" ibu Muslimah...( Laskar pelangi)

Petikan ini sedikit sebanyak memberi 1001 bentuk motivasi ketika sedikit senak di musim exam ini. Diri dimuhasabah kembali, belajar lah untuk nantinya akan berbakti... Memberi apa yang telah kau pelajari, kerana itulah medan yang kau pilih... Didiklah anak-anak bangsamu kelak, untuk menjadi lebih daripada apa yang ada di zaman mu... Habitkan dirimu di musim exam ini bukan semata belajar untuk LULUS dan Skor, tapi belajar untuk mengumpul dengan sebanyak2nya ilmu yang nanti boleh kau beri juga dengan sebanyak2nya... InsyaAllah....

* Aku akan terus dan terus menulis lagi...
23 Zulkaedah 1430H... Insan kerdil

No comments: