BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 18, 2010

Back to Basic

Assalamualaikum wtb dan Salam Sejahtera..

Kebejatan Moral dan keruntuhan akhlak para remaja masa kini saya kira berada di paras bahaya. Sering kali bahkan hampir setiap hari kita menjamah pelbagai perilaku yang tidak sewajarnya dilakukan oleh remaja yang baru mula mengenal erti hidup. Bagai enau dalam Belukar andai setiap batang tubuh masyarakat hanya memandang sepi akan warna warni sebegini. Tidak adil rasanya andai pihak yang dikira bersangkutan sahaja yang perlu mengambil endah akan kebobrokan remaja masa kini.

Hal ini bukanlah suatu melodrama yang direka untuk tatapan, juga bukan salah satu babak di dalam teater Nusantara, dan mungkin bukan suatu sketsa untuk panggung drama. Ini adalah realiti yang pahitnya perlu ditelan oleh semua. Sebagai satu daripada komplemen dalam masyarakat juga berdiri atas jasad ummah, perlunya kita sama-sama memikirkan akan pengajaran di atas penyakit kronik remaja hari ini seterusnya mecari vaksin yang mampu membawa kita kembali ke fitrah ummat manusia.

Saya meletakkan tajuk Back To Basic, kerana saya kira apa-apa pun setiap satu-satu yang berlaku mestilah ada pangkal mulanya. Kembali bersama mengkoreksi apa yang tidak betul dia awal sesuatu. Juga sebagai makna tersirat Kembali kepada hak yang Hakiki. Mungkin di sebalik semua ini, lemahnya skru yang dipasangkan dengan pencipta, seterusnya sedikit demi sedikit ikatan yang tidak kukuh itu mula terlepas daripada penyambungnya. Menyebabkan di tengah-tengah pembentukan masyarakat akan berlakulah suatu generasi yang semakin jauh menyimpang daripada luhurnya pekerti dan terhakisnya pengamalan nilai moral dan ilmu pengetahuan.

Sedikit perkongsian di masa kejatuhan kerajaan Rom di barat yang melibatkan negara Eropah pada masa tersebut diliputi oleh kejahilan, kegelapan dan ketinggalan tamadun. Namun saya cukup tertarik pada masa tersebut pendidikan agama yang tinggal sebagai suatu minat kepada masyarakat. Ilmu-ilmu agama menjadi dambaan masyarakat pada masa tersebut. Kemudian kita melihat kembali bahawa kepentingan untuk kita bangkit semula daripada kejatuhan moral dan akhlak kita adalah kembali kepada landasan agama dan cinta hakiki kepada Allah SWT.

Sistem pendidikan kita pada hari ini saya kira sedikit sebanyak perlu dimurnikan lagi dengan memberi nafas pedagogi pendidikan islam yang syumul sifatnya. Yang dapat mengembalikan kekontangan jiwa para remaja juga masyarakat. Seterusnnya memacu kegemilangan tamadun baik daripada aspek material juga aspek rohani.


 
 


Kenapa ini semakin melingkari masyarakat kita????


Wallahualam
Insan Kerdil

3 comments:

Anonymous said...

permulaan yang baik dari orang yang baik. go go cik yaya!

Mujahideen said...

truskan perjuangan..

princeNaz87 said...

pembuangan bayi memg kejammmm... xleh dimaafkan... mafla teremosi plak...