BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 10, 2010

SALAM PIMPINAN BARU MPP UPSI


posing kenangan

All the Best..
Teguh demi sebuah perjuangan...
Kepimpinan daripada Borneo.
Beratnya bebanan mendatang : demi Sebuah tanggungjawab

Kepimpinan baru bersama Naib canselor pihak pentadbiran Universiti


syukur ke hadrat yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya, semalam saya berkesempatan menghadiri majlis penyerahan watikah pelantikan kepimpinan baru Majlis Perwakilan Pelajar UPSI sesi 2009/2010. Terlepas sudah bebanan kepimpinan MPP sesi 2008/2009, kini tiba masa untuk generasi baru mencorakkan mahasiswa bakal-bakal pendidik di Universiti ini. Bercampur baur dengan imbasan kenangan seperti baru semalam kami berada di kerusi tersebut. Namun, benarlah bahawa masa kita sedikit cuma berbanding dengan Tanggungjawab dan amanah yang banyak untuk kita lunasi.

Seringkali ku ingatkan pada diri juga kini ku bebeli kepada adik-adik yang kusayangi bahawa andai kesenangan,kegembiraan,kelapangan yang kita cari dan rasai bila berada di tampuk kepimpinan, maka ada sesuatu yang perlu kita koreksi kembali. Perlu kita sedari bahawa menjadi dan dipilih sebagai pemimpin untuk orang lain merupakan suatu amanah yang bukan ringan dan mudah. Melihat kembali sirah Rasulullah yang telah dijanjikan Syurga juga merupakan Kekasih Allah, tidak melalui jalan yang mudah sepanjang hayatnya menjadi Pemimpin kepada umat Manusia. Juga begitu halnya dengan seorang pemimpin kerajaan Islam agung iaitu umar bin Abdul Aziz ketika dilantik menjadi khalifah, beliau terus meninggalkan kesenangan dunia dan meletakkan rakyat menjadi keutamaanya.


Ini adalah catitan peristiwa yang boleh dijadikan panduan buat kita semua, mungkin sukar untuk menjadi seperti mereka, namun ditinggalkan kita dengan pengajaran-pengajaran sebegini untuk dijadikan sebagai sebuah panduan dalam kehidupan. InsyaAllah.. Harapan yang tinggi diberikan kepada kepimpinan baru ini mampu untuk merubah paradigma mahasiswa terhadap erti hidup. Juga mampu dan cakna dalam membincangkan perkara-perkara dan isu yang bersifat nasional. Dalam masa yang sama paksi kita adalah tetap menjadi sebahagian juzuk masyarakat yang didatangkan ke Universiti untuk di isi dengan ilmu yang kelak bermanfaat kepada elemen masyarakat,agama,bangsa dan negara.

Selamat menjalankan tanggungjawab kepimpinan baru MPP UPSI 09/10..

insan Kerdil
Ex-MPP 08/09..

4 comments:

Norhafizawati said...

nape monyok jek ni cik yani ku syg??
smile always k..
perjuangan perlu diteruskan..

Anonymous said...

salam, gembira melihat watikah dah diterima, tanggungjawab sedang digalas, tugas berat untuk adik-adik mengisi kemenangan dengan sebaiknya. moga-moga tiada yang berundur. buat cik yaya, kita punya KPI untuk adik-adik ini realisasikan. memberi pada yang sudi. :)

Insan Biasa.. said...

To cik jaja: Monyok ker ja?? mestilah rindu dgn adik beradik yg xda...heheh
Yes Perjalanan perlu diteruskan hingga ke destinasi yg xberpenghujung..

Insan Biasa.. said...

to cik qiqi: Ingat KPI bergolek2 hingga ke banjaran titiwangsa k...