BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 26, 2010

SEGENAP HIDUPNYA, TAULADAN UMAT...


Tarikh 12 Rabiul Awal merupakan tarikh yang amat bersejarah bagi umat Islam. Itulah tarikh keputeraan Rasulullah s.a.w. Ia juga tarikh ketibaan Rasulullah s.a.w di kota Madinah yang sekaligus merupakan tarikh permulaan pembinaan negara Islam. Dan ia juga tarikh kewafatan Rasulullah s.a.w. 

Tarikh Keputeraannya pada hari ini, membawa saya  untuk berkongsi di samping mencari kilauan hikmah berkenaan baginda yang merupakan kekasih agung . Kehidupannya membawa seribu malah lebih ibrah yang tidak mampu untuk dijumlahkan . Hari ini 12 rabiulawal bertandang kembali, mengingatkan kepada kita umatnya bahawa, tarikh yg sama suatu ketika dahulu, kelahiran agung kekasih Allah . Juga tarikh yang sama suatu ketika dahulu insan mulia ini tiba dan membangunkan kerajaan islam yang pertama di muka bumi ini. 
Namun perlu kita sedari bahawa Nabi Muhammad tidak pernah merasa senang sepanjang 23 tahun memimpin perjuangan Islam.  Nabi Muhammad memimpin dengan air mata, darah dan perit peluh perjuangan semata-mata untuk memastikan Islam tertegak kukuh untuk kesinambungan generasinya... 
Menuju ke saat 12 Rabiulawal sebelum kematiannya menyaksikan pengorbanan untuk menelan segala dugaan dan cabaran demi islam yang diwahyukan melaluinya sehingga kalam Allah yakni Alquran sempurna sebagai suatu pedoman lengkap umat masa kini. Dan ingatlah, disaat kematian Nabi Muhammad Saw,  Umar Al-Khattab la orang yang paling kuat menangis, Abu Bakar pengsan, Ali bertitis air mata dan Uthman berteleku diam. Namun, pemergiaannya dengan meninggalkan bekalan buat kita yang sehingga kini memandui kehidupan yang sementara ,  Al-quran dan Sunnahnya merupakan mutiara berharga tiada tandingnya.
ku petik untaian kata-kata daripada Alphone de Lamartine, seorang warga dan pemuisi Perancis, memberikan penghormatan yang tidak terhingga kepada Nabi umat Islam.....Betapa jika mereka mampu menilai, apatah lagi kita???
“seandainya keagungan tujuan, kekerdilan cara dan kekaguman keputusan menjadi kriteria kecerdikan manusia, tiada siapa yang berani membandingkan sesiapapun manusia agung lain daripada sejarah moden manusia dengan Muhammad. Ahli falsafah, pembicara, pesuruh, hakim, pahlawan, penakluk idea, yang dipuja tanpa bayangan, pengasas kepada dua puluh empayar dunia dan satu empayar spiritual, iaitu Muhammad. Berbanding dengan segala standard yang mana setiap manusia hebat diukur tahapnya.....

SUDAH CUKUP KAH  AKU MENCINTAIMU DARIPADA SEGALA-GALANYA???
BINGKISAN : 12 RABIULAWAL 1431H

1 comment:

princeNaz87 said...

Salam... Tertarik dengan artikel ni.. Thanks.. Suka cerita2 Nabi Muhammad SAW...