BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 31, 2010

Selingan Jiwa....

 ~ Rindu nya mau makan setalam dgn kamu urang~

“ Apakah kamu fikir bahawa kamu akan ditinggalkan (tanpa diuji) sedangkan Allah belum lagi megetahui(dalam realistik )adanya mereka yang sanggup berjihad daripada kalangan kamu dan mereka yang tidak mengambil sahabat-sahabat setia selain Allah, Rasul-Nya dan para Mu’min. Dan Allah maha mengetahui segala apa yang kamu lakukan.” ( Surah at-Taubat ayat 16)

Terkadang sendirian memikirkan bahawa kehidupan ini semakin menyakitkan, sehingga kita disentak oleh naluri sendiri, pandanglah, dongaklah kelangit, masih ada yang bernilai daripada segalanya. Sabarlah wahai diri yang telah merelakan dirimu menyambung mata rantai perjuangan ini. Engkau bukan pemulanya, dan bukan juga yang akan mengakhirinya. Sabarlah wahai Jiwa , engkau masih mampu tersenyum tawa ditengah kegelisahan yang engkau hadapi. Syukurlah wahai pejuang agama Allah, kerana kaki yang dihayun ini masih dipilih untuk berjalan di atas perit jerih menegakkan kalimah Haq. Sabarlah wahai diri, kerana bukan murah harga yang perlu dibayar, bukan singkat perjalanan berduri yang perlu dilalui, bukan sedikit pengorbanan yang perlu diberi, jika syurga yang kau ilhami. Teruskan perjuangan walau di mana posisi kamu diletakkan, kerana di situlah perniagaan yang dimodalkan buatmu…

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Surah Al-Imran :200)

~ sekadar memotivasi diriKu~

3 comments:

be a better muslim said...
This comment has been removed by the author.
be a better muslim said...

Tika ku lesu hadapi hidup..
kau hembuskan nafas semangat..
Penawar hati..

hidup & mati hanya untuk Ilahi,

hanya tulisan bahasa Indah mengeratkan antara kita hinggalah ke akhirnya

~sayang selalu...

Insan Biasa.. said...

Aku merindui sesangat2 kalian..

Hanya sedikit coretan penghubung Jiwa

~Sayang~