BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Friday, August 28, 2009

Sahabiah kita

ASSALAMUALAIKUM WTB.
Kepada semua rakan taulan yang tidak dapat melawat Aishah, sedikit coretan saya kongsikan untuk perkembangan Aishah.
Alhamdulillah kali ini sedikit tribute buat Aishah. Akhirnya, dapat jua menunaikan sedikit kudrat sebagai sahabat untuk menatang Aishah di Hospital. Dalam sedikit kekangan waktu ini ku curi juga untuk meluangkan waktu2 kebajikan kepada insan yang ditarbiyah bersama ku semenjak di bangku sekolah menengah lagi.
Alhamdulillah pagi ini sedikit jelas penerangan oleh Doktor yang merawat Aishah tentang kondisi dan perjalanan pembedahannya pada esok hari. Di jangkakan esok pagi Aishah akan menjalani operation serentak untuk kaki dan tangan. Alhamdulillah Ayahandanya tiba hari ini untuk bersama-sama Aishah. Pembedahan akan mengambil masa beberapa jam memandangkan pembedahan serentak pada bahagian kaki dan bahu .
Di bahagian kakinya akan dimasukkan besi dan skru manakala pada bahagian bahu pula akan dimasukkan wayar ( seakan2 besi / pin) . Dan menurut daripada doktor, kaki akan mengambil masa lebih kurang 8-12 minggu untuk sembuh. Manakala, pada bahu akan mengambil masa lebih kurang dalam 4-6 minggu.
Doktor turut menunjukkan ct Scan menunjukkan kepatahan pada bahagian belakang lutut yang mencantumkan antara kaki dan peha yang memerlukan besi dan skru untuk membetulkan kedudukan tersebut. Sepanjang bersama dengannya saya yakin Aishah cekal dan tabah untuk mengharungi dugaan ini. Mudah2 an pembedahannya hari ini akan berjalan lancar tanpa komplikasi yang teruk. Mudah2an iringan doa daripada semua sedikit sebanyak menjadikan Aishah lebih kuat untuk menempuh harinya. Sesungguhnya, bukan sedikit dugaan ini namun, manisnya kasih sayangNya pada kita Aishah.
Allah maha berkuasa maha mengetahui, dia mencatur cantik segala-galanya. Kegembiraan saya yang teramat sangat, bila Abah Aishah selamat tba dan dapat melihat kondisi Aishah. Juga Sahabiah daripada UKM mengharungi perjalanan yang agak jauh sampai untuk menjaga Aishah. Begitu utuhnya Ukhuwahfillah kalian. Majita dan kesuma, terima kasih...
Kepada rakan-rakan yang lain sama-sama kita doakan yang terbaik buat Aishah.

Wassalam..

Wednesday, July 22, 2009

TITIPAN KEBAJIKAN



DARIPADA : EXCO KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN

KAMI AKAN MEMBUKA KAUNTER MULTI FUNCTION YANG AKAN BEROPERASI SETIAP HARI RABU BERMULA ESOK 22 JULAI 2009 MASA OPERASI BERMULA 11 Pg HINGGA 02 ptg . TUJUAN UTAMA KAUNTER INI ADALAH UNTUK MEMUDAHKAN MAHASISWA/I UPSI MEMBUAT ATAU MEDAPATKAN SEBARANG MAKLUMAT BERKAITAN KEBAJIKAN, AKADEMIK, DAN SEBAGAINYA. KAUNTER AKAN DIKENDALIKAN BERSAMA DENGAN RAKAN EXCO KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN.
KAUNTER INI ADALAH USAHA SAMA DENGAN
- EXCO AKADEMIK & KERJAYA MPP UPSI &
- EXCO LATIHAN & PEMBANGUNAN SAHSIAH MPP UPSI
- EXCO KESENIAN & KEBUDAYAAN
- EXCO PERPADUAN DAN INTEGRASI



SEBARANG PERMASALAHAN BOLEH LAH BERKUNJUNG KE KAUNTER DI BAHAGIAN BAWAH BANGUNAN BITARA SISWA. SEBARANG KEMUSYKILAN BOLEH HUBUNGI :

SAUDARI ADRIYANI DI TALIAN : 019-8049923


Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera,


Setelah sekian lama terlepas pelbagai event penting untuk di kongsi dengan rakan-rakan Bloggers, hari ini Alhamdulillah sedikit ruang yang ada saya cuba untuk gagahkan juga mengisi ruang Blog dengan cerita baru.
Alhamdulillah, semester baru bermula lagi dan memasuki minggu ke tiga, mahasiswa/i kembali sibuk dengan agenda pengajian dan tidak kurang juga yang berada di tahun akhir juga sibuk menyiapkan tesis dan sebagainya. Syukur dan tahniah kepada pelaksana program Simfoni warisan anjuran Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS) yang telah melabuhkan tirainya dengan perlbagai aktiviti berunsurkan warisan berzaman.
Tidak dapat tidak juga pelbagai isu, yang menjadi bualan dan permasalahan mahasiswa/i terutamanya berkenaan dengan pelbagai isu kebajikan . Menjadi dilema di UPSI sekarang dan juga di sesetengah Universiti lain apabila sehingga kini ke minggu ketiga pengajian pelajar belum menerima wang Pinjaman PTPTN ekoran terdapat beberapa masalah yang memang tidak dapat dielakkan daripada pihak penaja. Kami di pihak exco Kebajikan & kemasyarakatan MPP UPSI 08/09 telah mengambil pelbagai inisiatif untuk cuba membantu meringankan bebanan mahasiswa/mahasiswi terutamanya yang berada di semester 2 dan 3. Kami akan membantu sedaya upaya yang kami boleh.
ADRIYANI YAMIN
"CARE TO STUDENT WELFARE"

Tuesday, May 26, 2009

ROS...





























Aku dan Ros....








Rancangan Orientasi Sekolah kali ini membawa aku menelusuri budaya ilmu di sekolah Menengah Methodist Tanjong Malim . Aku bakal menghabiskan masa selama 2 minggu menyelami dan mengumpul segala maklumat di gedung keilmuan ini. Pengalaman pertama yang cukup menarik aku kira, dengan suasana persekitaran yang walaupun baru untuk ku, namun aku cukup selesa. Bertemankan empat orang rakan yang juga menjalankan ROS , aku cukup selesa bersama mereka. Guru-guru yang baik juga membuatkan aku semakin gembira melaksanakan Ros ku kali ini. Hilang segala kegusaran yang aku impikian sebelum ini. Pengalaman pertama memasuki kelas atas tuntutan menjaga kelas peperiksaan juga merupakan suatu benda baru yang aku lalui, sungguhpun begitu, aku sedikit sebanyak dapat merasai kepayahan insan yang bergelar guru. Merekalah mekanik modal insan negara. Walaupun penatku menghadiri konvensyen belum pun kebah, namun kegembiraan ku dengan Ros ini sedikit sebanyak menjadi penawar nya. Melihat gelagat yang pelbagai pelajar-pelajar membawa aku mengingati kembali zaman persekolahan ku. Moga Ros kali ini semakin mematangkan aku dan membuatkan aku lagi berkeyakinan untuk menjadi seorang guru kelak.

MTC...



Sahabiah2ku
Teruskan lah apa2 pun agenda yang terbaik untuk islam. Buatlah apa pun, ubahlah apa pun, jika ia baik untuk islam. Kita hanya Perancang, pelaksana namun bukan penentu dan penilai hasilnya kelak. Setelah kita usaha, berdoa dan tawakal yang lain itu Haq ALLAH. Cuma sebagai hamba kita selalu mendoakan agar perancangan kita seiring dengan perancangan terbaik daripada Rabbul Izzati. Buat pejuang2 Muslim Teenagers Camp’09 Bes Of Luck kearah merealisasikan Sebuah program yang menjadikan dakwah islam sebagai GOAL utamanya. Moga Berjaya melahirkan adik2 yang subur dengan bajaan akidah yang utuh. Semoga kali ini curahan semangat yang jitu mampu menjadi asset berharga dalam diri kalian bahawa aku pernah berjuang untuk islam. Besarnya nilai kepenatan,pengorbanan , serta curahan tenaga, wang dan masa yang kalian korbankan untuk mewarnai bunga2 dakwah di sana. Moga usaha kita yang kecil dan sedikit ini akan besar nilainya di padang masyar kelak. walaupun tidak dapat bersama kalian namun yakinlah diri tetap bersama menyokong kalian..