BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 17, 2008

SALAM MESRA..buatmu


HIDUP INI UMPAMA RAMA-RAMA...BEBAS BERTERBANGAN DAN BEBAS DALAM MENCARI KEMANFAATAN UNTUK HIDUP..pun begitu,walaupun cantik namun hayat hidupnya amatlah singkat..begitu juga dengan diriku...masa yang ku ada ketika berada di sini akan kugunakan sebaik mungkin..akan kutabur segala bakti dan keringat untuk ku memberikan kebahagiaan dan kegembiraan pada orang lain...tidak mahu hanya ku dilihat cantik diluaran namun tiada omongan yang mampu kubuktikan dan tiada perlakuan yang dapat ku tonjolkan.Lantaran,apa yang kunyatakan akan kulakukan sedaya yang termampu buat rakan-rakan UPSI..

salam mesra dan salam perpaduan buat semua warga UPSI
Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat ALLAH SWT atas keizinanNYA dalam melancarkan langkahan ini untuk bersama-sama dengan rakan-rakan calon yang bertanding dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 08/09 pada kali ini..

Oleh itu,dulu,kini dan selamanya..nama yang diberi adalah ADRIYANI BINTI YAMIN merupakan mahasiswi semester 3 dan mengambil kursus SEJARAH. Dengan keyakinan dan keikhlasan yang ada buat semua rakan-rakan UPSI yang tersayang maka saya telah membuat keputusan untuk bertanding sebagai CALON FAKULTI.

Ternyata,pemilihan sebagai CALON FAKULTI yang kini bernaung di FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN memberikan saya pada kemampuan yang ada untuk bersama-sama menjaga kebajikan mahasiswa/wi yang mengambil kursus yang pelbagai pada fakulti itu khususnya pada kursus GEOGRAFI dan SEJARAH.
Maka,buat rakan-rakan tersayang..manifesto yang akan saya perjuangkan nanti ialah berkaitan dengan ketidakcukupan bahan-bahan ilmiah seperti buku,jurnal,artikel dan majalah di perpustakaan UPSI yang amat menyukarkan para pelajar khususnya kepada pelajar major atau minor bagi kursus SEJARAH,GEOGRAFI dan MORAL...
Keadaan ini telah sekian lama berlaku..lantas menyebabkan kebanyakan pelajar FSSK terpaksa keluar mencari input pada setiap sem di beberapa tempat yang berbeza seperti beberapa UNIVERSITI yang lain,PERPUSTAKAAN NEGARA dan sebagainya.

Pun begitu,saya juga mahu menyuarakan kepada pihak atasan untuk menambah jumlah bilik-bilik tutorial yang kadangkalanya memberikan kesukaran terhadap pelajar FSSK ini lantaran adakalanya berlaku ketidakcukupan tempat duduk ekoran bilik kuliah yang kecil dan terhad sedangkan jumlah pelajar adalah semakin bertambah dari setiap tahun ke tahun.

Lantaran itu,saya menyeru dan memohon pada semua rakan tersayang,UNDI dan SOKONGLAH saya dalam MEREALIASIkan manifesto yang akan saya bawakan ini.Ternyata,1 UNDI daripada anda AMAT BERMAKNA!

No comments: