BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 26, 2008

tika ini......


Assalamualaikum wa salam Mahabbah..
kini beberapa hari telah ku tinggalkan detik getir perjuangan itu, Sungguh ku tak pernah menyangka bahawa takdir terbaik Allah buatku saat ini apabila meletak kan ku berada digelanggang itu. Detik 07.3o ( lebih kurang) malam 22 0ktober setelah ku bertemu dengan kekasih yang Agung, sahabat2 tersayang membawa perkhabaran, aku telah berjaya mendapat kerusi bagi fakulti sains sosial dan kemanusiaan. Sekaligus berjaya menjadi ahli majlis perwakilan pelajar sesi 08/09. Tidak dapat ku menahan air mata daripada tertumpah, kerana aku juga manusia biasa yang tidak boleh menidakkan perasaan2 yang ada. Mungkin sahabat2 bahkan siapa jua tidak dapat menfsirkan air mata yang tertumpah ini, namun itulah airmata yang luhur mengucapkan syukurku padaMu ya Rabbi, bahawa Engkau tidak pernah akan mempersia2 kan usaha, doa, dan pengharapan hambaMu yang kerdil ini. Kau telah melakarkan corak2 kehidupan( takdir) yang cukup cantik buat kami semua Ya Allah, Ya Rahman , Ya Rahim..
Kini,
detik kemenangan itu telah dan semakin jauh dan terus berlalu, kini ku yakini bahawa tidak mudah untuk mengisi agenda2 ke dalam kemenangan itu, kerana ku yakin bahawa nilai prepaid isian kemenangan itu adalah lebih besar nilainya, tak terinfiniti likunya, tak terucap pengorbanannya, tak tertanggung amanahnya, dan terkata tanggung dan jawabnya kelak... ku meyakini bahawa tidak akan Kau tinggalkan aku ya Allah mengisi kemenangan ini bersendirian , ku meyakini, seribu malah lebih daripada itu pengharapan daripada semua sahabat untuk kita sama2 mengisi kemenangan itu,
Juga,
Ku mengucapkan ribuan terima kasih, syukran yang tidak terhingga kepada semua sahabat-sahabat kerana bersama2 kita dalam menelusuri jalan kearah mencapai kemenangan itu. Sahabatku , doaku agar tetap kita bersama di Jalan yg kita telah pilih ini, sehinggalah kepada sedutan oksigen yg terakhir... Kerana Keyakinan kita adalah sama, juga matlamat kita sama. ILA MArDHATILLAH...............

No comments: