BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 10, 2008



Exam....
Betapa kaulah pendamping tegar pelajar2 zaman kini. Mendengar akan namamu bisa menyentap tangkai jantung hingga ke peparu siapa jua yang bakal menghadapi engkau di medan pertempuran dewan-dewan peperiksaan. Tapi tidak mengapa lah, kerna ku yakini bahawa engkau tidak akan menzalimi bagi sesiapa yang telah membuat persediaan menyambutmu kan??? Ku tahu bahawa engkau adalah suatu agenda menguji tahap prestasi terkini pelajar-pelajar kan?? Bergembiralah bagi sesiapa jua yang tidak sabar-sabar menantimu kan??


Exam...

Ku telah jemu menghadapi mu, namun apakan dayaku sebagai musafir ilmu ku tetap akan mendepani hari bersamamu, menumpahkan segala lava-lava yang ada di dalam perut sereberum dan serebelumku.. Betapa peritnya dalam mengakses segala data-data ketika aku berada di medan itu, dengan pelbagai fakta perlu diingati rentetan dan kronologinya perlu dihuraikan terutamanya diri ini yang menuntu ilmu tawarikh...


Namun exam..
Kau mengajarku menjadi seorang insan yang sangat menghormatimu, kerana ku tahu jika ku meletakkan niat kepada Allah, pastinya engkau adalah teman terbaik dalam mengaplikasikan segala hasil yang telah diberikan oleh para Muallim sepanjang tempoh kuliah berjalan.. Teruskan langkah dimedan juang. Ilmu yang kau perolehi merupakan modal besar dalam membina pentas Revolusi ITU...
KU TIDAK GENTAR KEPADAMU EXAM.......


Ingatan Buat diri :
StuDy... stuDy juga... Hak pada yang sepatutnya jangan di LUpa.. Jangan LUpa Pemberi NIkmat.. Dia MErindu Rintihan mu di sepertiga Malam..

No comments: