BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 4, 2009

Masa untuk update blog..


Assalamualaikum / salam sejahtera…

Lebih dah sebulan saya rasa blog ini tidak digantikan dengan entry baru. Bosan juga, tengok blog sendiri, namun apakan daya, terlalu banyak perkara yang menyebabkan saya tidak punya ruang masa dan idea untuk updatekan blog ini. Pelbagai perkara dan peristiwa yang berlaku sehari demi sehari dalam hidup saya sebagai mahasiswa, anak, kawan, dan yang paling penting sebagai khalifah di muka bumi ini dan tiap satunya Saya jadikan sebagai penanda aras ujian ALLAH turunkan untuk menguji sejauh mana saya bersedia terhadap kata-kata yang pernah saya lafazkan.
Sebagai mahasiswa, perlu kita sedari bahawa memikul peranan sebagai modal insan Negara juga pada masa hadapan, kita lah yang bakal mencorakkan warna apa yang kita inginkan dalam kemajuan dan pembangunan pada masa akan datang. Berpeluang bertemu dengan Naib canselor UPSI beberapa minggu lepas, mengetuk minda untuk berfikir suatu benda yang realistik dan yang paling penting membawa saya untuk berfikir & bertindak persis mahasiswa yang punya prinsip utuh dan punya skala sendiri dalam menilai sesuatu. Sesuatu apa yang diinginkan sebagai mahasiswa kita yang berhak untuk mengukurnya pada suatu nilai yang kuantitatif.

Mahasiswa dan Kotak dua entity yang berbeza secara total, namun saling bersandaran secara metaforanya. Kenapa saya , berkata demikian untuk mengajak semua kita untuk merungkai isu “ Think out of the box” Secara jujurnya, meletakkan diri dalam kalangan kelompok salah seorang majlis permakilan pelajar barulah terdedah dan dimomokkan dengan rangkai kata pemikiran di luar kotak ini. Kadangkala otak ligat berfikir kenapa mesti ??? kenapa itu, kenapa ini, dan akhirnya saya kembali meletakkan minda pada suatu takuk yang ada di luar, dan sedikit sebanyak ketulan bekuan fikiran itu dapat dipecahkan. Apa yang penting kesedaran kita sebagai pelajar dan bakal pentadbir masa hadapan. Kita lah asset Negara yang sangat tinggi nilai cairannya.

Juga berpeluang menghadapi pelbagai isu mahasiswa menjadikan saya sebagai seorang yang jauh berbeda daripada diri saya yang sebenar. Tiap kali berdepan dengan suatu isu dalaman tempat pengajian menjadikan saya tersentap, mampukah melaksanakan hak mereka sebaiknya. Takutnya andai tiap tangan2 itu menarik diri ini di mahkamah Allah kelak kerana kegagalanku melangsaikan tiap tuntutan mereka. Namun diri ini meyakini bahawa siapa aku untuk menentukan bahawa tiap usaha yang aku lakukan Berjaya atau tidak, kerana selepas kita melakukan usaha hanya DIA yang MAHA AGUNG yang mampu menilainya kelak. KU bisik pada diri…… Teruskan langkah walau lompang penuh duri dihadapan jalan berliku perlu kau lalui, kerana kau lah penentu arahnya.


Seringkali ku monologkan pada diri suatu kata-kata mutiara daripada as-Syahid Imam Hassan Al-Banna yang berbunyi ;


“Aktiviti yang paling baik dan bernilai adalah aktiviti yang hasilnya bukan hanya dinikmati oleh pelakunya, tetapi juga oleh orang lain termasuk keluarga, masyarakat dan bangsanya. Keagungan da kebesaran aktiviti itu sebanding dengan jangkauan manfaatnya”

Moga sedikit manfaat yang ku perolehi berkadaran dengan kebahagiaan kedua-dua ibu bapaku, sahabat-sahabiahku, guru-guruku, serta seluruh umat islam yang masih ada ataupun yang telah tiada.

" We care to student welfare"
Life for Welfare..

No comments: