BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 18, 2009

ERTI SEBUAH PENGORBANAN



Berkali-kali ku mencari pelbagai tajuk untuk dimuatkan sebagai entry dalam blog ini, tapi nda juga ku dapat. Nah tiba-tiba di petang yang hening ini ku muhasabah diri untuk melihat ke belakang, berapa banyak derap kaki yg digunakan untuk islam???kecewa…. Berapa banyak pula derap kaki yang letih berjalan untuk islam??... hampa.. dan ada tak yang derap kaki berlumuran dengan darah untuk islam…??? Huuuuhh. Tiada …
Benarlah bahawa setiap langkah dalam kehidupan ini tidak akan sunyi dengan kesuntukkan, kerana ianya banyak mengajar manusia untuk mengatur 24 jam dengan baik. Semakin banyak yang dilakukan semakin kita merasai ketidakcukupan. Dalam mecari kehidupan yang hakiki ini, kita perlu lah sentiasa berbaiah kepada diri sendiri bahawasanya yang kita cari hanyalah redha hakiki daripada ilahi. Justeru, setiap apa yang ditimpakan kanNYA kepada kita tidak lain tidak bukan sesuatu pembolehubah untuk menguji kita. Menguji sejauhmana keimanan kita .
Musibah atau malapetaka akan menambah dan meningkatkan iman mukmin bagi membina insight agar dapat melihat ALLAH s.w.t menerusi lensa mata hati. Sekecil-kecil musibah juga berita gembira sebenarnya penzahiran kekuasaan ALLAH yang tiada siapa boleh menidakkannya. Setiap Sesuatu diturunkan moga menambah keinsafan, menambah kesabaran dan menambah ke’redhaan kita terhadap setiap ketentuan ALLAH.
Sebenarnya, rasa kehambaan, rasa lemah, rasa hina, rasa dhaif, malu, bimbang dan rasa lain itu merupakan suatu yang normal bagi strata emosi manusia yang tahu bahawa aku hanya insan yang lemah dan sangat mengharapkan keredhaan Allah.
Pelbagai insiden serta perkara yang menjadi perbualan manusia, juga angkara manusia yang berlaku dewasa ini merupakan suatu percaturan ALLAH untuk menguji bagaimana manusia mensyukuri kehidupan yang ada. ALLAH beri ujian kepada yang berkuasa, ALLAH beri ujian pada yang serba ada, ALLAH beri signal dengan rezeki yang melimpah ruah namun manusia tidak pernah berasa cukup dengan apa yang. ALLAH beri signal bila manusia berkuasa jangan guna kekuasaan dengan menyakiti, menjatuhkan, dan menafikan HAQ orang lain. Namun manusia yang bongkak tidak menyedari.
Tidak kurang kesakitan hamba turunkan bagi insan-insan yang sering dianiayai, dinafikan HAQnya, dilucutkan kekuasaannya namun itulah mehnah dan musibah yang akan meningkatkan keimanan mukmin yang sejati yang tetap tabah walau disakiti..
Ujian dan musibah yang diturunkan ALLAH bertujuan sebagai penghapus dosa manusia disamping untuk meninggikan darjatnya disisi ALLAH jika dihadapinya dengan sabar.


*peringatan buat diri tiada siapa pun makhluk yang dapat menghindari daripada ditimpa musibah.

Mencari Mardhatillah…

No comments: