BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 23, 2009

QADA DAN QADAR

* Menyerahkan sumbangan kepada ibu Arwah
* Hasil sumbangan pelajar UPSI

*Exco kebajikan sdra Zulhilmi berbual dengan Ayah Arwah, En. Abd Halim


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa beliau keluar bersama-sama Rasulullah s.a.w mengiringi jenazah. Lalu sambil duduk Rasulullah s.a.w menghadap ke sebuah kubur “ Tiap hari kubur ini menyeru dengan nyaringnya : hai anak Adam lupakah engkau kepada aku. Tidakkah engkau ketahui bahawa kau ini tempat keseorangan , tempat kesunyian, tempat cacing, dan tempat yang sempit kecuali Allah lapangkan baginya”

Kemudian baginda bersabda: “ Kubur ini adalah salah satu taman-taman syurga atau (sebaliknya) salah satu lubang dari lubang2 neraka” (Diriwayatkan oleh At-Thabrani)

Perjalanan selama beberapa jam pada 20 Feb lepas merupakan suatu pengalaman baru buat diri saya, suatu takdir Allah yang Maha Kuasa, bila menakdirkan saya menapakkan kaki menziarahi keluarga Arwah Nurlina di Pulau Pinang. Sepanjang perjalanan memberi kesedaran kepada diri saya. Berpeluang bertemu mata dengan ahli keluarga Arwah juga suatu kepuasan bagi diri saya. Mungkin sebelum ini tidak pernah menemui dengan Arwah namun selepas ketiadaannya setidak-tidaknya saya berpeluang menjenguk sendiri keluarga arwah.

Sebenarnya hati saya cukup sayu bila mendengar sendiri cerita-cerita daripada ayah, ibu dan Tok Wan arwah pada masa itu apatah lagi saya memang jenis ratu airmata,hatta melihat kanak-kanak menangis ,saya boleh menangis, namun saya Berjaya menahannya kerana ketabahan ibu arwah yang sentiasa tenang menceritakan saat-saat akhir mereka bersama arwah. Ibu dan Tok Wan Arwah berkongsi sedikit dengan kami bahawa kehilangan arwah langsung tidak menampakkan tanda-tanda yang jelas kerana sebelum itu, arwah sentiasa ceria dan gembira sahaja. Sehinggalah pada tahap Arwah demam yang berada tahap yang tinggi dan keadaan yang lemah kemudian Arwah dibawa ke Hospita oleh ahli keluarganya dan takdir Allah menyatakan bahawa pada 17 Februaru 2009 sekitar 6.40 petang ,pada usia menginjak 22 tahun NURLINA BINTI ABDUL HALIM telah meninggalkan dunia yang fana ini.
* Teringat Mak dan Bapa di Sabah...
* Izinkan lagi Anakmu ini menyempurnakan tggjawab kepada mu...

No comments: