BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 18, 2009

KEHIDUPAN DAN KEMATIAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

“ Ajal yang datang di muka pintu, tiada siapa yang memberitahu,
tiada siapa pun dapat,hindari tiada siapa yang terkecuali”


Di antara bait-bait lagu kematian yang sering menjadi pilihan halwa telinga , moga tidak kita sia-siakan masa kita tanpa sehari terlintas akan peristiwa kematian. Dan pada semalam bersamaan 17 Feb 2009 Bersamaan dengan 22 Safar 1430 warga UPSI dikejutkan dengan kematian seorang penuntut dalam bidang ijazah sarjana muda pendidikan matematik yang berada dalam semester 6. Allahyarhamah NURLINA BINTI ABDUL HALIM menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Seberang Jaya , Pulau Pinang pada lebih kurang pukul 6.20 ptg. Berdasarkan sumber yang diterima Arwah dikatakan mengalami jangkitan pada bahagian otak. Arwah dimasukkan ke wad pada hari ahad lepas dan tidak sedarkan diri . InsyaAllah arwah akan dikebumikan selepas waktu Zohor hari ini.
Takziah diucapkan kepada keluarga arwah NURLINA, kita turut bersimpati dengan pemergian Arwah namun inilah suratan daripada Rabbul Izzati yang perlu kita terima tanpa sedikit pun keraguan. Apa yang boleh kita kongsikankan hanyalah kiriman Al-Fatihah dan cebisan doa seusai solat agar Arwah NURLINA ditempatkan di kalangan orang-orang Soleh.
Kita yang masih bernyawa tetap perlu meneruskan kehidupan di samping mengumpul bekalan taqwa sebagai persediaan penghitungan dengan malaikat di dalam kubur dan harta taqwa yang menjadi aset berharga di mahkamah Allah kelak. Sesungguhnya, ingatan pada diri : Kematian tidak mengenal siapa pun kita, berapa pun usia kita hatta kedudukan kita , Kerana kita semua akan melalui juga saat tersebut Bila dan bagaimana sahaja yang mungkin berbeza. Wallahualam…


*Berlumba mengumpul taqwa ila Mardhatillah.
ADRIYANI BINTI YAMIN
EXCO KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN MPP UPSI
08/09

No comments: