BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 14, 2009

TRIBUTE BUAT YANG AKAN PERGI...





Alhamdulillah, berakhirnya semester ini, wajah rakan-rakan yang akan keluar mestilah begitu teruja , memandangkan kaki akan berada di dunia pendidikan sebenar iaitu di medan praktikum ...Di dunia Bilik Darjah. Dunia Mulia seorang pendidik.. Taburlah semua ilmu kalian, gunalah semua ilmu psikologi, pedagogi atau apapun subjek yang telah kalian teorikan .., Kerana inilah masa untuk kalian berdepan dengan yang mana teori sahaja tidak tentu cukup... Buat rakan-rakan seperjuangan yang akan berpraktikum untuk tahun hadapan, moga di permudahkan segalanya kelak...

teringat suatu kata yang pernah dilontarkan oleh pensyarah untuk subjek Audit saya semester ini. "Blajar lah daripada dunia"- Study by the world

kalau ahli sukan , track menjadi tempat utama, doktor pula menjadikan hospital sebagai dunia mereka, peguam di amanahkan dengan sebuah court, petani dengan khidmatnya dengan Bumi, arkitek dan pelan + tapak projek, Guru sentiasa setia di situ..... D bilik ( darjah + guru)... Namun saya percaya disitulah kita boleh belajar daripada dunia....Melihat semesta dengan seluas-luasnya..Kepada semua pelajar Semester 7 di Universiti Pendidikan Sultan Idris "SELAMAT MENJALANI LATIHAN MENGAJAR " Moga nanti berjaya menjadi guru-guru yang berjaya melakarKan suasana ummah yang diredhai...

Guru adalah muaddib bijaksana, Tekun sabar mengadun tamadun

Bagai lilin memperkasakan watak, Guru adalah murabbi cendekiawan

Gigih adalah meramu ilmu, Bagai obor mengupayakan minda

Guru adalah mufakkir istimewa, Giat rajin membaja jatidiri

Bagai lampu menjelitakan wibawa, Guru adalah mursyid pendeta

Jujur ikhlas mewarna budaya, Bagai lentera memperkayakan etika

Guru adalah mujahid peka, Iltizam istiqomah melepa jiwa

Bagai bara mewajakan maruah, Guru adalah mu’alim mempersona

Budiman ihsan mengukir wawasan, Bagai unggun menceriakan impian…

*Buat teman-teman , yang lain keluarlah dengan tenang, yakinlah bahawa Allah ada untuk kita semua..Bertebaranlah dengan amanah Allah yang sentiasa di Galasi...Buat cik jaja n cik QQ, jangan lupa cik Yaya kat sini...

Ingatan Buat Insan Kerdil To chnge the others 'Change who r in da mirror 1st' ..

24 Zulkaedah 1430H...

2 comments:

Anonymous said...

perasaan bercampur baur bakal meninggalkan awak jugak. yang panting kenangan bersama terus berada dalam lipatan sejarah. ameen. rindu kat awak.

Norhafizawati said...

LA THAQAF yani tuk mara maju kedepan..
hidup ini penuh mehnah dan tribulasi..
mana mungkin u mencapai syurga Allah itu senang..
sebab itulah perjuangan itu pahit dan sakit..
Allah sentiasa disisi awk dan kita semua..