BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 16, 2010

Dedikasi Buat hati


>
Alhamdulillah

Hari ini telah dicukupkan lagi usia meniti kehidupan yang tidak habisnya dengan pelbagai babak – babak takdir daripada Allah. Terima kasih, Syukran yang tak terhingga kepada rakan-rakan yang berkongsi tarikh bahagia itu dengan Ku.. Tiada apa yang ku harapkan melainkan hari-hari mendatang membuatkan aku lebih dekat KepadaNya. 

Kehidupan yang mendatang ku yakin  bukan polos tanpa cobaan dan cabaran, dan aku acap kali berikan pada diri juga  menyediakan stok vitamin Redha dan Sabar andainya tiap satu ujian yang bakal tiba bakal mengganggu keyakinan ku untuk menerimanya sebagai hamba....

Kehidupan yang jauh tanpa tahu di mana titik noktahnya ku mohon agar segala-galanya akan menjadikan aku seorang yang tetap tegar di atas track untuk mencapai Ghoyah yang didambakan oleh setiap abdi kepada sang Pencipta...

 
* Buah kasih daripada seorang ibu/kakak/sahabat seketika dahulu......
Moga permulaan hari ini bakal baik untuk esok dan akan datang...

Terima kasih buat Ayahnda dan Bonda , kakak dan adik kerana kasih sayang kalian tetap lagi ada buatku. Terima kasih teman kerana sering menemani dalam pelayaran. Terima kasih sahabat setia dan thabat sejalan melalui perjuangan. Terima kasih semua atas segala-galanya. Terima Kasih, terima kasih  Allah, kerana mempertemukan aku lagi dengan tarikh ini dan menjadikan angkanya genap sudah 23 ...

insan kerdil...
16 Februari 2010

5 comments:

Anonymous said...

cik yaya! happy bufday.
tiada indah hidup ini tanpa kisah suka duka. dan pengalaman lalu yang mengajar kita untuk lebih tegar pada masa-masa akan datang. yang paling penting, teruskan juga kaki melangkah walaupun kadangkala jatuh rebah tersungkur. moga di usia 23 tahun ini membawa seribu satu kisah baru yang memberi inspirasi buatmu dan teman-teman lain. rindu awak!

Insan Biasa.. said...

To cik Qiqi...

Syukran cik qiqi...

Rindu sgt2 kat awak..
Awk beri sya byk bnda tuk sya cari dlam hidup ini....

seorang Maje said...

usia yg makin bertambah jumlah
(walau nilainya berkurang sudah dalam stok umur)

moga makin bertambah segala amalan& pemikiran..

Sayang selalu....

Insan Biasa.. said...

To Majhe:

Syukran kerana enti antara insan yg setia bersama dalam apa jua...
Menerima diri ini, mengajar aku itu ini, memberi aku inspirasi, menegur tatkala kurang pekerti, mendengar tika gusar di hati, setia meladeni, menjadi seorang sahabat sejati...

Sayang Selalu....=)

Unknown said...

bismillah walhamdulillah
salam terindah ku layarkan buat sahabat seperjuanganku, mantan anak DG ku..
ukhti, salam hilwah thanah(tahun yang manis)buat mu
di hari lahirmu ke 23..
makin bertambh deh umur..
ukhti ku ingin myayangimu sperti dulu..kethuilah aku masih kesedihan kerana kesilapanku membiarkan mu sendiri..
aku tiada dalam waktu utk menyeka airmatamu dan meminjamkan nahuku untuk kau sandarkan..
ku tetap ingati ayat mu
yang kau tetap kan mnejadikan 'islam pakaianmu!'

yang merinduimu, ukhti;
komander_zinera