BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 9, 2010

MENGEJAR KENANGAN...







Kau datang ketika duka,,,

Dan bintang bercahaya tunjukku jalan kesyurga....

Hari ini ku nekadkan diri, mengisi kekosongan cerita di balik sarang yang ada..

Dibalik rimbunan kesibukan yang ada, kadangkala hati merintih rindu pada insan-insan yang ku sayangi, sahabat-sahabat yang kucintai juga teman-teman yang jauh di sisi...

Tekadku hari ini mengejar kenangan-kenangan lalu agar ia tetap utuh diikatan sanubari.

Tahun ini merupakan tahun yang mengajar aku erti suka dan duka dalam kehidupan.

Kehilangan, musibah,kesedihan, aku rasai atas sebuah amanah dan tanggungjawab...

Betapa rindu pada Bonda dan Ayahanda nun Jauh di Seberang Laut China Selatan...Maafkan anakandamu kerana kurang bersama dengan Kalian...

Menjadikan aku mengenal kalian sahabat-sahabiah ku.. Walau pun kini ku sendiri tanpa jaja dan Qiqi, namun kalian tinggalkan kepada diri ini badi dan semangat yang tak pernah padam untuk sebuah perjalanan.. Indahnya Ukhuwah ini wahai sahabiahku.. detik 20 Januari pada tahun ini aku sendiri, tatkala lepas lah sudah bebanan di pundak kita, bila dengan sahnya kita sudah melepaskan jawatan masing-masing setelah setahun lebih memegang dengan 1001 cerita yang sama-sama kita pernah rasai. Namun Aku rindu dan rindu dengan Kalian Sahabiahku...


*BICARA DARIPADA FOTO.. KU DEDIKASIKAN UNTUK INSAN YG BERADA DI SG PELEK N PANGKALAN HULU....

2 comments:

Anonymous said...

salamunhi'alaik, indahnya ukhwah bila disandarkan padaNYA. Rindu awak juga, hanya untaian doa yang dikirim, moga-moga kita sentiasa thabat dalam jalanNYA. ameen. uhibbuki fillah.

Norhafizawati said...

masyaAllah..rindunya kat awk semua..em, bilo sy nak tinggi ni??hoho..ngee