BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Tuesday, May 26, 2009

ROS...





























Aku dan Ros....








Rancangan Orientasi Sekolah kali ini membawa aku menelusuri budaya ilmu di sekolah Menengah Methodist Tanjong Malim . Aku bakal menghabiskan masa selama 2 minggu menyelami dan mengumpul segala maklumat di gedung keilmuan ini. Pengalaman pertama yang cukup menarik aku kira, dengan suasana persekitaran yang walaupun baru untuk ku, namun aku cukup selesa. Bertemankan empat orang rakan yang juga menjalankan ROS , aku cukup selesa bersama mereka. Guru-guru yang baik juga membuatkan aku semakin gembira melaksanakan Ros ku kali ini. Hilang segala kegusaran yang aku impikian sebelum ini. Pengalaman pertama memasuki kelas atas tuntutan menjaga kelas peperiksaan juga merupakan suatu benda baru yang aku lalui, sungguhpun begitu, aku sedikit sebanyak dapat merasai kepayahan insan yang bergelar guru. Merekalah mekanik modal insan negara. Walaupun penatku menghadiri konvensyen belum pun kebah, namun kegembiraan ku dengan Ros ini sedikit sebanyak menjadi penawar nya. Melihat gelagat yang pelbagai pelajar-pelajar membawa aku mengingati kembali zaman persekolahan ku. Moga Ros kali ini semakin mematangkan aku dan membuatkan aku lagi berkeyakinan untuk menjadi seorang guru kelak.

MTC...



Sahabiah2ku
Teruskan lah apa2 pun agenda yang terbaik untuk islam. Buatlah apa pun, ubahlah apa pun, jika ia baik untuk islam. Kita hanya Perancang, pelaksana namun bukan penentu dan penilai hasilnya kelak. Setelah kita usaha, berdoa dan tawakal yang lain itu Haq ALLAH. Cuma sebagai hamba kita selalu mendoakan agar perancangan kita seiring dengan perancangan terbaik daripada Rabbul Izzati. Buat pejuang2 Muslim Teenagers Camp’09 Bes Of Luck kearah merealisasikan Sebuah program yang menjadikan dakwah islam sebagai GOAL utamanya. Moga Berjaya melahirkan adik2 yang subur dengan bajaan akidah yang utuh. Semoga kali ini curahan semangat yang jitu mampu menjadi asset berharga dalam diri kalian bahawa aku pernah berjuang untuk islam. Besarnya nilai kepenatan,pengorbanan , serta curahan tenaga, wang dan masa yang kalian korbankan untuk mewarnai bunga2 dakwah di sana. Moga usaha kita yang kecil dan sedikit ini akan besar nilainya di padang masyar kelak. walaupun tidak dapat bersama kalian namun yakinlah diri tetap bersama menyokong kalian..

Saturday, April 18, 2009



Assalamualaikum.. salam sejahtera

Setelah sekian lama, laman ini kosong tanpa entry, sehinggalah pada kegentingan mahasiswa seluruh negara menghadapi saat getir menguji segala teori yang telah dipelajari tangan digerakkan untuk menitip cebisan warkah...
Selamat menempuh musim peperiksaan kepada semua. Moga setiap detik merupakan masa untuk kita mencipta kecemerlangan. Namun dalam keghairahan itu, jangan pernah sesekali pernah kita melupakan kepada pemberi kecemerlangan. MOga bersama kita semakin menginfakkan diri untuk beribadah dan mendekatkan diri kepadaNya disamping melipat gandakan juga usaha kearah kecemerlangan .
Doakan kejayaan semua, sahabat-sahabat kita, agar bersama-sama beroleh kejayaan di dalam peperiksaan kali ini InsyaAllah.
Buat semua Mahasiswa/I UPSI selamat menduduki peperiksaan yang bakal bermula 21 April ini.Buat persediaan serapi mungkin, jaga kesihatan dan jaga diri moga di bawah LindunganNya.
Buat sahabat-sahabat yang berada jaug dimata namun dekat dijantung dan hati ( Majhe, Min, Bola,Mahi’, wataq, Linda, Arna,Icha,k.kesum,k.umi, kak Adz dan semuanya) baik yang berada di Borneo Atau pun kepulauan tanah Melayu) selamat menempuh imtihan… Jumpa lagi bila ditakdirkan…
Ingatan Buat diri; insan kerdil

Monday, March 9, 2009

Salam MAulidur RAsul



Syukur Alhamdulillah tahun ini kita masih diberikan nikmat yang sama seperti pada tahun-tahun yang sudah, kecukupan nikmat, anggota yang masih sempurna, fungsi organ yang masih baik, Terima Kasih Allah di atas nikmat mu yang tak sudah-sudah. Tahun ini kita bertemu kembali dengan Maulidur Rasul 1430H Semoga semakin bertambah lagi rasa Kasih dan sayang kita kepada Pencipta dan juga Utusan Mulia Muhamad SAW
Sambutan memperingati Maulid (kelahiran) Nabi Muhammad S.A.W. bukanlah suatu perkara yang asing di dalam masyarakat kita. Tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun inilah umat Islam akan memenuhi ruang masjid ataupun kawasan-kawasan terpilih untuk menyambut Maulidul Rasul dengan diadakan pelbagai acara seperti: Membaca al-Quran dan berceramah mengenai sirah baginda S.A.W. ataupun beselawat serta berzanji dan pelbagai acara lagi dan pada akhirnya kadang-kala diadakan sedikit jamuan. Mimbar-mimbar Jumaat juga tidak terlepas dari berkhutbah dengan penuh bersemangat untuk menyatakan cintanya umat ini terhadap baginda S.A.W.


Bersama-samalah kita menambahkan amalan taqwa serta memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan Mulia Rasulullah SAW sebagai salah satu tanda kita terus mengingati setiap jerit perih perjuangan baginda sehingga ke hari ini menyebabkan kita masih dikurniakan iman dan masih terus dapat menyambung mata rantai perjuangannya dalam kita mencari Keredhaan Allah serta tetap mengalir darah suci Islam ditubuh kita dan MUdah-mudahan hingga ke akhir hembusan nafas nikmat islam dan Kalimatul syahadah tetap segar di bibir kita insan yang bergelar hamba.... Ameen....



" Dan Tidak Kami utuskan engkau (Muhammad)melainkan sebagai rahmat untuk'alam sejagat" (Surah Al-Anbiya : 107)

Saturday, March 7, 2009

Sekadar perkongsian kepada semua UPSIan

1. SEMUA PELAJAR YANG BERADA DI SEMESTER KEDUA PENGAJIAN DIWAJIBKAN MEMBUAT PENDAFTARAN MINOR MULAI 2 MAC 2009 SEHINGGA 13 MAC 2009.


2. ANDA PERLU MELENGKAPKAN BORANG PERMOHONAN MENGIKUTI MINOR DI FAKULTI MASING-MASING DAN MENDAFTAR SECARA ON-LINE MENERUSI PORTAL MASING-MASING DI http://myupsi.upsi.edu.my.


3. SILA PASTIKAN ANDA MENDAFTAR UNTUK MENGELAKKAN MASALAH SEMASA PRA-PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 1 SESI 2009/2010 DILAKSANAKAN.


4. KEPRIHATINAN ANDA BERHUBUNG PERKARA INI AMAT DIALU-ALUKAN DAN DIUCAPKAN TERIMA KASIH.


Pelajar di semester 7 dinasihatkan supaya menyemak minor masing-masing sebagai persediaan menjalani Latihan Mengajar.


Tarikh Memo : 26 Februari 2009
Dikeluarkan Oleh : Pejabat Pendaftar
Bahagian Akademik
Unit Pendaftaran
Telefon : 05-4506923/6992
Email : redzuan@upsi.edu.my / mohaieda@upsi.edu.my