BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 29, 2008

Salam tahun Baru

SALAM TAHUN BARU

Huh, berat kotak fikiran ni untuk buat entry edisi khas Maal Hijrah ni. Sedar tidak sedar kita menjengah ke tahun baru dalam calendar islam bersamaan dengan 1 Muharram 1430 H. Dalam islam kita dahulu daripada calendar biasa. Ramai dalam kalangan kita pada hari ini lebih kepada sambutan New Year 1 Januari setiap tahun. Ini saya nampak sebagai suatu doktrin dalam masyarakat kita pada dekad ini. Tahun baru itu dikatakan tahun baru bila adanya sambutan dan kemeriahan yang dirasa.

Saya pasti , menjengah ke tahun baru , masing-masing juga mempunyai azam baru untuk akan datang walaupun capaian azam lepas tidak tercapai sepenuhnya. Namun sebagai manusia yang paling utama yang perlu direfresh balik adalah berkenaan kepincangan akibat kesalahan dan kesilapan lalu baik pada manusia atau sesiapa sahaja serta tentunya yang paling utamanya ialah kepada ALLAH. Saya rasa sebagai manusia amalan atau sambutan mega apabila menjengah kepada tahun baru ialah Taubat kepada pencipta atas dosa-dosa lalu. Saya kongsikan petikan maksud dalam surah AL-BAQARAH; 222, yang mana lebih kurang berbunyi

ERTINYA; “sesungguhnya Allah sangat cinta kepada orang yang banyak bertaubat dang sangat cinta kepada orang-orang yang sukakan kebersihan.”

Di samping itu Sabda Nabi S.a.w : Orang yang suka bertaubat itu adalah kekasih ALLAH dan orang yang bertaubat daripada sesuatu dosa samalah seperti orang yang tidak berdosa lagi. Tambahnya lagi " Adalah Allah sangat menyukai taubat seorang mu'min lebih daripada kegembiraan yang lain.

Justeru sahabat-sahabat semua bersamalah menghijrahkan diri kea rah yang lebih baik dalam kaki menginjak ke tahun baru Hijrah 1430 ni. Ketahuilah bahawa Allah sentiasa menerima selagi mana segenap pintu-pintu taubatnya masih terbuka.

SALAM MAAL HIJRAH BUAT SEMUA RAKAN DAN TAULAN...






1 comment:

HAFIZIAFZAL said...

Salam.Selamat bercuti dan semoga beroleh kerahmatan dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.Saya yakin saudari boleh menggalas semua amanah dengan sebaiknya kerana saudari dalam kalangan insan yang terpilih untuk menjalankan tanggungjawab tesebut.

Ikhlas,
Muhd Hafizi Afzal Bin Mahmud,
kajian politik dan pemerintahan,
UNIMAS.