BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Saturday, April 18, 2009



Assalamualaikum.. salam sejahtera

Setelah sekian lama, laman ini kosong tanpa entry, sehinggalah pada kegentingan mahasiswa seluruh negara menghadapi saat getir menguji segala teori yang telah dipelajari tangan digerakkan untuk menitip cebisan warkah...
Selamat menempuh musim peperiksaan kepada semua. Moga setiap detik merupakan masa untuk kita mencipta kecemerlangan. Namun dalam keghairahan itu, jangan pernah sesekali pernah kita melupakan kepada pemberi kecemerlangan. MOga bersama kita semakin menginfakkan diri untuk beribadah dan mendekatkan diri kepadaNya disamping melipat gandakan juga usaha kearah kecemerlangan .
Doakan kejayaan semua, sahabat-sahabat kita, agar bersama-sama beroleh kejayaan di dalam peperiksaan kali ini InsyaAllah.
Buat semua Mahasiswa/I UPSI selamat menduduki peperiksaan yang bakal bermula 21 April ini.Buat persediaan serapi mungkin, jaga kesihatan dan jaga diri moga di bawah LindunganNya.
Buat sahabat-sahabat yang berada jaug dimata namun dekat dijantung dan hati ( Majhe, Min, Bola,Mahi’, wataq, Linda, Arna,Icha,k.kesum,k.umi, kak Adz dan semuanya) baik yang berada di Borneo Atau pun kepulauan tanah Melayu) selamat menempuh imtihan… Jumpa lagi bila ditakdirkan…
Ingatan Buat diri; insan kerdil

Monday, March 9, 2009

Salam MAulidur RAsul



Syukur Alhamdulillah tahun ini kita masih diberikan nikmat yang sama seperti pada tahun-tahun yang sudah, kecukupan nikmat, anggota yang masih sempurna, fungsi organ yang masih baik, Terima Kasih Allah di atas nikmat mu yang tak sudah-sudah. Tahun ini kita bertemu kembali dengan Maulidur Rasul 1430H Semoga semakin bertambah lagi rasa Kasih dan sayang kita kepada Pencipta dan juga Utusan Mulia Muhamad SAW
Sambutan memperingati Maulid (kelahiran) Nabi Muhammad S.A.W. bukanlah suatu perkara yang asing di dalam masyarakat kita. Tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun inilah umat Islam akan memenuhi ruang masjid ataupun kawasan-kawasan terpilih untuk menyambut Maulidul Rasul dengan diadakan pelbagai acara seperti: Membaca al-Quran dan berceramah mengenai sirah baginda S.A.W. ataupun beselawat serta berzanji dan pelbagai acara lagi dan pada akhirnya kadang-kala diadakan sedikit jamuan. Mimbar-mimbar Jumaat juga tidak terlepas dari berkhutbah dengan penuh bersemangat untuk menyatakan cintanya umat ini terhadap baginda S.A.W.


Bersama-samalah kita menambahkan amalan taqwa serta memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan Mulia Rasulullah SAW sebagai salah satu tanda kita terus mengingati setiap jerit perih perjuangan baginda sehingga ke hari ini menyebabkan kita masih dikurniakan iman dan masih terus dapat menyambung mata rantai perjuangannya dalam kita mencari Keredhaan Allah serta tetap mengalir darah suci Islam ditubuh kita dan MUdah-mudahan hingga ke akhir hembusan nafas nikmat islam dan Kalimatul syahadah tetap segar di bibir kita insan yang bergelar hamba.... Ameen....



" Dan Tidak Kami utuskan engkau (Muhammad)melainkan sebagai rahmat untuk'alam sejagat" (Surah Al-Anbiya : 107)

Saturday, March 7, 2009

Sekadar perkongsian kepada semua UPSIan

1. SEMUA PELAJAR YANG BERADA DI SEMESTER KEDUA PENGAJIAN DIWAJIBKAN MEMBUAT PENDAFTARAN MINOR MULAI 2 MAC 2009 SEHINGGA 13 MAC 2009.


2. ANDA PERLU MELENGKAPKAN BORANG PERMOHONAN MENGIKUTI MINOR DI FAKULTI MASING-MASING DAN MENDAFTAR SECARA ON-LINE MENERUSI PORTAL MASING-MASING DI http://myupsi.upsi.edu.my.


3. SILA PASTIKAN ANDA MENDAFTAR UNTUK MENGELAKKAN MASALAH SEMASA PRA-PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 1 SESI 2009/2010 DILAKSANAKAN.


4. KEPRIHATINAN ANDA BERHUBUNG PERKARA INI AMAT DIALU-ALUKAN DAN DIUCAPKAN TERIMA KASIH.


Pelajar di semester 7 dinasihatkan supaya menyemak minor masing-masing sebagai persediaan menjalani Latihan Mengajar.


Tarikh Memo : 26 Februari 2009
Dikeluarkan Oleh : Pejabat Pendaftar
Bahagian Akademik
Unit Pendaftaran
Telefon : 05-4506923/6992
Email : redzuan@upsi.edu.my / mohaieda@upsi.edu.my

Monday, February 23, 2009

KENANGAN BERSAMA RAKAN-RAKAN KEBAJIKAN











Allhamdulillah bersamaan tarikh 21 Februari 2009 pada hari sabtu, majlis untuk ikrar setia rakan exco telah berlangsung dengan baik dengan takdir ALLAH. Majlis penyerahan watikah ini bagi menandakan tanggungjawab telah diberikan dengan rasmi kepada semua rakan-rakan exco bagi menjadi pemudah cara dan pemudah gerak kerja setiap exco di dalam MPP.

Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan telah menerima kira-kira 22 orang yang kini menjadi ahli keluarga kebajikan selama satu sesi. Semoga dengan ini akan dapat membantu kerja-kerja di bawah tanggungjawab exco kebajikan. Harapan kami, bahawa kalian yang sudi bersama dengan kami , kita akan bersatu hati dan berukhuwah dalam melaksanakan semua tuntutan-tuntutan mahasiawa. Kitalah ikon kebajikan INSYAALLAH…


*TabiaT dakwah yang universal adalah dakwah yang penuh dengan nilai persaudaraan dan kasih sayang .




QADA DAN QADAR

* Menyerahkan sumbangan kepada ibu Arwah
* Hasil sumbangan pelajar UPSI

*Exco kebajikan sdra Zulhilmi berbual dengan Ayah Arwah, En. Abd Halim


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa beliau keluar bersama-sama Rasulullah s.a.w mengiringi jenazah. Lalu sambil duduk Rasulullah s.a.w menghadap ke sebuah kubur “ Tiap hari kubur ini menyeru dengan nyaringnya : hai anak Adam lupakah engkau kepada aku. Tidakkah engkau ketahui bahawa kau ini tempat keseorangan , tempat kesunyian, tempat cacing, dan tempat yang sempit kecuali Allah lapangkan baginya”

Kemudian baginda bersabda: “ Kubur ini adalah salah satu taman-taman syurga atau (sebaliknya) salah satu lubang dari lubang2 neraka” (Diriwayatkan oleh At-Thabrani)

Perjalanan selama beberapa jam pada 20 Feb lepas merupakan suatu pengalaman baru buat diri saya, suatu takdir Allah yang Maha Kuasa, bila menakdirkan saya menapakkan kaki menziarahi keluarga Arwah Nurlina di Pulau Pinang. Sepanjang perjalanan memberi kesedaran kepada diri saya. Berpeluang bertemu mata dengan ahli keluarga Arwah juga suatu kepuasan bagi diri saya. Mungkin sebelum ini tidak pernah menemui dengan Arwah namun selepas ketiadaannya setidak-tidaknya saya berpeluang menjenguk sendiri keluarga arwah.

Sebenarnya hati saya cukup sayu bila mendengar sendiri cerita-cerita daripada ayah, ibu dan Tok Wan arwah pada masa itu apatah lagi saya memang jenis ratu airmata,hatta melihat kanak-kanak menangis ,saya boleh menangis, namun saya Berjaya menahannya kerana ketabahan ibu arwah yang sentiasa tenang menceritakan saat-saat akhir mereka bersama arwah. Ibu dan Tok Wan Arwah berkongsi sedikit dengan kami bahawa kehilangan arwah langsung tidak menampakkan tanda-tanda yang jelas kerana sebelum itu, arwah sentiasa ceria dan gembira sahaja. Sehinggalah pada tahap Arwah demam yang berada tahap yang tinggi dan keadaan yang lemah kemudian Arwah dibawa ke Hospita oleh ahli keluarganya dan takdir Allah menyatakan bahawa pada 17 Februaru 2009 sekitar 6.40 petang ,pada usia menginjak 22 tahun NURLINA BINTI ABDUL HALIM telah meninggalkan dunia yang fana ini.
* Teringat Mak dan Bapa di Sabah...
* Izinkan lagi Anakmu ini menyempurnakan tggjawab kepada mu...