BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Wednesday, February 18, 2009

KEHIDUPAN DAN KEMATIAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

“ Ajal yang datang di muka pintu, tiada siapa yang memberitahu,
tiada siapa pun dapat,hindari tiada siapa yang terkecuali”


Di antara bait-bait lagu kematian yang sering menjadi pilihan halwa telinga , moga tidak kita sia-siakan masa kita tanpa sehari terlintas akan peristiwa kematian. Dan pada semalam bersamaan 17 Feb 2009 Bersamaan dengan 22 Safar 1430 warga UPSI dikejutkan dengan kematian seorang penuntut dalam bidang ijazah sarjana muda pendidikan matematik yang berada dalam semester 6. Allahyarhamah NURLINA BINTI ABDUL HALIM menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Seberang Jaya , Pulau Pinang pada lebih kurang pukul 6.20 ptg. Berdasarkan sumber yang diterima Arwah dikatakan mengalami jangkitan pada bahagian otak. Arwah dimasukkan ke wad pada hari ahad lepas dan tidak sedarkan diri . InsyaAllah arwah akan dikebumikan selepas waktu Zohor hari ini.
Takziah diucapkan kepada keluarga arwah NURLINA, kita turut bersimpati dengan pemergian Arwah namun inilah suratan daripada Rabbul Izzati yang perlu kita terima tanpa sedikit pun keraguan. Apa yang boleh kita kongsikankan hanyalah kiriman Al-Fatihah dan cebisan doa seusai solat agar Arwah NURLINA ditempatkan di kalangan orang-orang Soleh.
Kita yang masih bernyawa tetap perlu meneruskan kehidupan di samping mengumpul bekalan taqwa sebagai persediaan penghitungan dengan malaikat di dalam kubur dan harta taqwa yang menjadi aset berharga di mahkamah Allah kelak. Sesungguhnya, ingatan pada diri : Kematian tidak mengenal siapa pun kita, berapa pun usia kita hatta kedudukan kita , Kerana kita semua akan melalui juga saat tersebut Bila dan bagaimana sahaja yang mungkin berbeza. Wallahualam…


*Berlumba mengumpul taqwa ila Mardhatillah.
ADRIYANI BINTI YAMIN
EXCO KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN MPP UPSI
08/09

ERTI SEBUAH PENGORBANAN



Berkali-kali ku mencari pelbagai tajuk untuk dimuatkan sebagai entry dalam blog ini, tapi nda juga ku dapat. Nah tiba-tiba di petang yang hening ini ku muhasabah diri untuk melihat ke belakang, berapa banyak derap kaki yg digunakan untuk islam???kecewa…. Berapa banyak pula derap kaki yang letih berjalan untuk islam??... hampa.. dan ada tak yang derap kaki berlumuran dengan darah untuk islam…??? Huuuuhh. Tiada …
Benarlah bahawa setiap langkah dalam kehidupan ini tidak akan sunyi dengan kesuntukkan, kerana ianya banyak mengajar manusia untuk mengatur 24 jam dengan baik. Semakin banyak yang dilakukan semakin kita merasai ketidakcukupan. Dalam mecari kehidupan yang hakiki ini, kita perlu lah sentiasa berbaiah kepada diri sendiri bahawasanya yang kita cari hanyalah redha hakiki daripada ilahi. Justeru, setiap apa yang ditimpakan kanNYA kepada kita tidak lain tidak bukan sesuatu pembolehubah untuk menguji kita. Menguji sejauhmana keimanan kita .
Musibah atau malapetaka akan menambah dan meningkatkan iman mukmin bagi membina insight agar dapat melihat ALLAH s.w.t menerusi lensa mata hati. Sekecil-kecil musibah juga berita gembira sebenarnya penzahiran kekuasaan ALLAH yang tiada siapa boleh menidakkannya. Setiap Sesuatu diturunkan moga menambah keinsafan, menambah kesabaran dan menambah ke’redhaan kita terhadap setiap ketentuan ALLAH.
Sebenarnya, rasa kehambaan, rasa lemah, rasa hina, rasa dhaif, malu, bimbang dan rasa lain itu merupakan suatu yang normal bagi strata emosi manusia yang tahu bahawa aku hanya insan yang lemah dan sangat mengharapkan keredhaan Allah.
Pelbagai insiden serta perkara yang menjadi perbualan manusia, juga angkara manusia yang berlaku dewasa ini merupakan suatu percaturan ALLAH untuk menguji bagaimana manusia mensyukuri kehidupan yang ada. ALLAH beri ujian kepada yang berkuasa, ALLAH beri ujian pada yang serba ada, ALLAH beri signal dengan rezeki yang melimpah ruah namun manusia tidak pernah berasa cukup dengan apa yang. ALLAH beri signal bila manusia berkuasa jangan guna kekuasaan dengan menyakiti, menjatuhkan, dan menafikan HAQ orang lain. Namun manusia yang bongkak tidak menyedari.
Tidak kurang kesakitan hamba turunkan bagi insan-insan yang sering dianiayai, dinafikan HAQnya, dilucutkan kekuasaannya namun itulah mehnah dan musibah yang akan meningkatkan keimanan mukmin yang sejati yang tetap tabah walau disakiti..
Ujian dan musibah yang diturunkan ALLAH bertujuan sebagai penghapus dosa manusia disamping untuk meninggikan darjatnya disisi ALLAH jika dihadapinya dengan sabar.


*peringatan buat diri tiada siapa pun makhluk yang dapat menghindari daripada ditimpa musibah.

Mencari Mardhatillah…

Wednesday, February 4, 2009

Masa untuk update blog..


Assalamualaikum / salam sejahtera…

Lebih dah sebulan saya rasa blog ini tidak digantikan dengan entry baru. Bosan juga, tengok blog sendiri, namun apakan daya, terlalu banyak perkara yang menyebabkan saya tidak punya ruang masa dan idea untuk updatekan blog ini. Pelbagai perkara dan peristiwa yang berlaku sehari demi sehari dalam hidup saya sebagai mahasiswa, anak, kawan, dan yang paling penting sebagai khalifah di muka bumi ini dan tiap satunya Saya jadikan sebagai penanda aras ujian ALLAH turunkan untuk menguji sejauh mana saya bersedia terhadap kata-kata yang pernah saya lafazkan.
Sebagai mahasiswa, perlu kita sedari bahawa memikul peranan sebagai modal insan Negara juga pada masa hadapan, kita lah yang bakal mencorakkan warna apa yang kita inginkan dalam kemajuan dan pembangunan pada masa akan datang. Berpeluang bertemu dengan Naib canselor UPSI beberapa minggu lepas, mengetuk minda untuk berfikir suatu benda yang realistik dan yang paling penting membawa saya untuk berfikir & bertindak persis mahasiswa yang punya prinsip utuh dan punya skala sendiri dalam menilai sesuatu. Sesuatu apa yang diinginkan sebagai mahasiswa kita yang berhak untuk mengukurnya pada suatu nilai yang kuantitatif.

Mahasiswa dan Kotak dua entity yang berbeza secara total, namun saling bersandaran secara metaforanya. Kenapa saya , berkata demikian untuk mengajak semua kita untuk merungkai isu “ Think out of the box” Secara jujurnya, meletakkan diri dalam kalangan kelompok salah seorang majlis permakilan pelajar barulah terdedah dan dimomokkan dengan rangkai kata pemikiran di luar kotak ini. Kadangkala otak ligat berfikir kenapa mesti ??? kenapa itu, kenapa ini, dan akhirnya saya kembali meletakkan minda pada suatu takuk yang ada di luar, dan sedikit sebanyak ketulan bekuan fikiran itu dapat dipecahkan. Apa yang penting kesedaran kita sebagai pelajar dan bakal pentadbir masa hadapan. Kita lah asset Negara yang sangat tinggi nilai cairannya.

Juga berpeluang menghadapi pelbagai isu mahasiswa menjadikan saya sebagai seorang yang jauh berbeda daripada diri saya yang sebenar. Tiap kali berdepan dengan suatu isu dalaman tempat pengajian menjadikan saya tersentap, mampukah melaksanakan hak mereka sebaiknya. Takutnya andai tiap tangan2 itu menarik diri ini di mahkamah Allah kelak kerana kegagalanku melangsaikan tiap tuntutan mereka. Namun diri ini meyakini bahawa siapa aku untuk menentukan bahawa tiap usaha yang aku lakukan Berjaya atau tidak, kerana selepas kita melakukan usaha hanya DIA yang MAHA AGUNG yang mampu menilainya kelak. KU bisik pada diri…… Teruskan langkah walau lompang penuh duri dihadapan jalan berliku perlu kau lalui, kerana kau lah penentu arahnya.


Seringkali ku monologkan pada diri suatu kata-kata mutiara daripada as-Syahid Imam Hassan Al-Banna yang berbunyi ;


“Aktiviti yang paling baik dan bernilai adalah aktiviti yang hasilnya bukan hanya dinikmati oleh pelakunya, tetapi juga oleh orang lain termasuk keluarga, masyarakat dan bangsanya. Keagungan da kebesaran aktiviti itu sebanding dengan jangkauan manfaatnya”

Moga sedikit manfaat yang ku perolehi berkadaran dengan kebahagiaan kedua-dua ibu bapaku, sahabat-sahabiahku, guru-guruku, serta seluruh umat islam yang masih ada ataupun yang telah tiada.

" We care to student welfare"
Life for Welfare..

Monday, December 29, 2008

Salam tahun Baru

SALAM TAHUN BARU

Huh, berat kotak fikiran ni untuk buat entry edisi khas Maal Hijrah ni. Sedar tidak sedar kita menjengah ke tahun baru dalam calendar islam bersamaan dengan 1 Muharram 1430 H. Dalam islam kita dahulu daripada calendar biasa. Ramai dalam kalangan kita pada hari ini lebih kepada sambutan New Year 1 Januari setiap tahun. Ini saya nampak sebagai suatu doktrin dalam masyarakat kita pada dekad ini. Tahun baru itu dikatakan tahun baru bila adanya sambutan dan kemeriahan yang dirasa.

Saya pasti , menjengah ke tahun baru , masing-masing juga mempunyai azam baru untuk akan datang walaupun capaian azam lepas tidak tercapai sepenuhnya. Namun sebagai manusia yang paling utama yang perlu direfresh balik adalah berkenaan kepincangan akibat kesalahan dan kesilapan lalu baik pada manusia atau sesiapa sahaja serta tentunya yang paling utamanya ialah kepada ALLAH. Saya rasa sebagai manusia amalan atau sambutan mega apabila menjengah kepada tahun baru ialah Taubat kepada pencipta atas dosa-dosa lalu. Saya kongsikan petikan maksud dalam surah AL-BAQARAH; 222, yang mana lebih kurang berbunyi

ERTINYA; “sesungguhnya Allah sangat cinta kepada orang yang banyak bertaubat dang sangat cinta kepada orang-orang yang sukakan kebersihan.”

Di samping itu Sabda Nabi S.a.w : Orang yang suka bertaubat itu adalah kekasih ALLAH dan orang yang bertaubat daripada sesuatu dosa samalah seperti orang yang tidak berdosa lagi. Tambahnya lagi " Adalah Allah sangat menyukai taubat seorang mu'min lebih daripada kegembiraan yang lain.

Justeru sahabat-sahabat semua bersamalah menghijrahkan diri kea rah yang lebih baik dalam kaki menginjak ke tahun baru Hijrah 1430 ni. Ketahuilah bahawa Allah sentiasa menerima selagi mana segenap pintu-pintu taubatnya masih terbuka.

SALAM MAAL HIJRAH BUAT SEMUA RAKAN DAN TAULAN...






DIARI CUTI...

Assalamualaikum wtb…
Dah lama rasanya blog ini tidak diupdate oleh si pemilik. Kes tak istiqamah lah ni. Cuti yang agak singkat juga menjadi salah satu penyebab utama, blog turut dicutikan. Buka dululah dengan diari masa cuti yang agak singkat saya kira lebih kurang 3 minggu lebih sahaja dekat rumah, then terpaksa kembali semula ke kampus tersayang. Tak mengapalah sekurang2nya dapat juga balik menjenguk mak bapa kat rumah. Itu lah yang paling utama. Cuti pada kali ini saya rasa paling hambar kerana tidak dapat berkumpul kat Pasti Tersayang dengan sahabat-sahabat. Cuti kali ini jugalah saya sebetul2nya menyediakan diri berada dengan keluarga.Jika sebelum ini jarang sekali duk diam kat rumah, ada-ada sahaja agenda kat pasti. Program ini dan itu ,perjumpaan sana dan sini. Kali ini terasa juga tak bebas bila mak tak kasi dah saya keluar berprogram. Sebagai anak saya akur atas itu semua. Kerana keutamaan yang paling utama kita adalah kepada kedua orang tua.
Riwayat daripada Abu Darda : “aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Ibu bapa itu ibarat perantaraan pintu-pintu syurga , terserah kepadamu kalau engkau mahu , engkau boleh melepaskan pintu itu atau pun menjaganya. Kadang-kadang cemburu juga dengan sahabat lain, orang tua dengan mudah sahaja melepaskan untuk beraktiviti, tapi takpalah “proses pendidikan” juga tu sebenarnya. Ya lah sebagai manusia ni kita perlu terus bersedia untuk mendidik dan dididik dengan apa jua situasi. Ingatan buat diri berbaktilah kepada orang tua walau dimana pun anda diamanahkan…
Buat Sahabat,
Hati xtenang ni, beberapa kali pujuk mak, nak pegi meeting tuk program, mak tetap tak bagi. Sahabat pun cukup memahami, setiap kali s/u srikandi Mahira ,mesej tuk memastikan kehadiran tiap itu jugalah hati ini melonjak untuk pergi, tiap kali itu juga mak ndak bagi pergi. Saya akur. Sebab saya sayangkan mak. Yalah dahlah balik kejap jak, mau jalan2 keluar lagi, saya pun tahu mak rindu dengan anaknya yang paling pelik ini. Syukran kepada sahabat yang sentiasa faham kondisi ku. Terutamanya partner saya bola api yang kerja keras menyiapkan kerja-kerja publisiti berseorangan tanpa saya disisi.
Maaf & Syukran pada Majhe , Min , icha juga yang sentiasa memahami sahabat mu ini. saya faham juga tu Majhe banyak dah cerita yang mau dikongsikan dengan saya ni, xpa sabar k. Alhamdulillah akhirnya sebelum balik dapat juga menjengahkan wajah ke Program MUSLIM INTENSIVE TRAINING 08 yang kali in terpaksa di buat di lokasi baru iaitu di SMK Batu Sapi Bestari... Hanya sekadar itu yang dapat ku beri pada cuti kali ini ya Sahabat. Ku terpaksa pulang semula ke kampus meninggalkan suasana ceria dan penuh gelak tawa setiap kali meeting dan postmoreterm. Sesungguhnya ku bawa kembali bersama-sama ukhuwah kita. Majhe, mina, icha, bola, mahira, kak tia, kak nani, kak ana, kak kesum, kak umi, dan semuanya moga akan bersua lagi kerana Ukhuwah kita ada dihati ..…..